Majalah antarabangsa Time telah menobatkan ‘The Protester’ sebagai ‘Person of the Year’ bagi tahun ini. Anugerah tahunan itu selalunya menampilkan seorang tokoh yang paling berpengaruh pada tahun itu, menurut pendapat sidang redaksi majalah tersebut.
Sebelum ini, tokoh-tokoh yang dinobatkan ialah seperti pengasas Facebook Mark Zuckerberg, presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Pemimpin Agung Republik Iran yang pertama, Ayatollah Khomeini dan pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi.
The Protester, atau Si Pemprotes, menurut Time, tidak hanya menyuarakan rungutan, tetapi mereka juga telah mengubah dunia. Daripada pemprotes yang mencetuskan revolusi Arab Spring di Timur Tengah, sehinggalah ke pergerakan Occupy yang bermula di Wall Street, New York, seluruh dunia menyaksikan kebangkitan bantahan, protes dan demonstrasi, tidak kiralah sama ada ia aman mahupun tidak.
More