Refleksi Minda

Reflections from the mind of a self-professed social critic

Pulau Utusan 31 March 2008

Ramai di antara kita yang berasa mual dengan suapan propaganda yang disajikan oleh media arus perdana, terutama ketika hari-hari menjelang pilihanraya umum. Media arus perdana, samada media cetak atau elektronik begitu berat sebelah di dalam laporan mereka sehingga kita menyoal integriti kewartawanan mereka. Saya telahpun menulis tentang bagaimana media arus perdana telah dipergunakan oleh pihak kerajaan untuk menyebarkan propaganda mereka sebelum ini (Used: The Mainstream Media and Used: The Mainstream Media, part II).

Pihak media telah memberikan gambaran seolah-olah Barisan Nasional masih lagi diterima ramai. Malah dengan ‘lukisan indah’ ini, saya percaya pemimipin-pemimpin Barisan Nasional sendiri merasakan bahawa mereka masih mendapat sokongan rakyat. Sentimen sebenar rakyat tidak dilaporkan di dalam media, sehinggalah Barisan Nasional dipukul oleh badai suara rakyat pada 8 Mac 2008.

Semenjak tsunami politik yang melanda negara pada 8 Mac 2008, saya telah meninjau reaksi media arus perdana mengenai perubahan ’selera’ rakyat pada pilihanraya umum yang lepas. Saya percaya bahawa pihak media arus perdana seharusnya meneliti pendekatan mereka selepas apa yang berlaku. Jika tidak, integriti mereka akan lebih dipersoal. Pilihanraya umum yang baru berakhir jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi menerima apa yang dilaporkan dengan sepenuhnya dan ramai yang lebih rela mencari sumber berita alternatif.

Secara keseluruhannya, saya lihat bahawa media arus perdana sudah lebih seimbang dalam laporan mereka. Akhbar the Star dan the Sun menunjukkan peningkatan yang paling positif, memberikan ‘ruang’ kepada pemimpin-pemimpin parti pembangkang (lebih-lebih lagi yang berjaya membentuk kerajaan negeri). New Straits Times juga sedikit terbuka, walaupun tidak seperti akhbar the Star atau the Sun.

Lain pula ceritanya untuk Utusan Malaysia. Akhbar tersebut, yang dimiliki oleh UMNO, tidak banyak berbeza dari segi pendekatan laporan mereka. Utusan Malaysia masih lagi dikawal ketat, masih lagi dipenuhi dengan propaganda pemiliknya. Apa yang tersiar di dada Utusan Malaysia masih lagi berbaur perkauman, sejajar dengan pendekatan Malay chauvanist akhbar tersebut. Ketika akhbar-akhbar lain menyiarkan wawancara dengan pemimpin-pemimpin bukan daripada BN, Utusan masih menganggap mereka sebagai ‘pembangkang’. Jarang sekali berita positif tentang parti pembangkang disiarkan. Komen-komen dan pendapat-pendapat yang disiarkan juga berniat memburuk-burukkan pihak ‘bukan BN’.

Mungkinkah ‘kedegilan’ Utusan itu mencerminkan pemiliknya? Adakah UMNO sendiri tidak mahu menerima bahawa rakyat telah menolak mereka?

Utusan Malaysia masih lagi mempermainkan isu kaum. Utusan Malaysia masih lagi memandang negetif pada pihak pembangkang. Utusan Malaysia masih tidak mahu belajar daripada kesilapannya. Utusan Malaysia seakan-akan tidak mahu menerima kenyataan bahawa telah berlaku perubahan politik di negara ini dan ia seharusnya berubah mengikut arus tersebut.

Oleh itu, saya telah membuat keputusan. Saya tidak akan membaca ataupun membeli akhbar tersebut. Mungkin ianya tidak akan membawa apa-apa kesan (walaupun sebenarnya edaran akhbar itu semakin berkurangan), akan tetapi ianya merupakan keputusan peribadi saya.

Bermula pada 1 April 2008, saya akan memboikot Utusan Malaysia.

 

Samy’s U-Turn 30 March 2008

Filed under: Politics — Syahredzan Johan @ 11:17 am
Tags: , , ,

It’s not a publicity stunt, he says. It’s all done in fairness and sympathy, he added. The 5 detained HINDRAF leaders should be freed from ISA, says MIC Chief Datuk Seri Samy Velu. Read the story here.

Seriously Mr. Samy, do you take us for fools? Did you not learn anything from your embarrassing defeat in Sungai Siput? We Malaysians do not forget as easily as your think. We still remember what you said before, during the whole HINDRAF episode and just before elections. In case you have forgotten, I urge your Mr. Samy to type your name on YouTube and see the amount drivel that you have spewed prior to this. And now we’re supposed to believe that you care for the detained HINDRAF leaders?

Stop becoming the laughing stock of the country, Mr. Samy. You have lost your right to speak for the Indians and you have no right to speak for Malaysians as a whole. If this is MIC’s re-branding, then I do not see much difference. Continue with this charade Mr. Samy, and I guarantee you that the MIC will be irrelevant in the future.

A defeat might not be permanent. People can come back after a setback, just ask Mr. Muhammad Taib. But for you Mr. Samy, I think it’s too late. Just enjoy your retirement fund and leave us in peace.

 

Epilogue: Terengganu Monsoon 29 March 2008

So now that the Terengganu impasse has been resolved, we can look back at the ‘players’ in this grand ’saga’ and see how they emerged from it.

Datuk Ahmad Said
New Terengganu MB

To me, he looks like a jolly man, although Datuk Seri Rais Yatim said something about ‘jatuh macam nangka busuk‘ that might have referred to his, ‘plumpness’. A virtual unknown before, he is now MB for an oil-rich state. We will have to wait to see how he fares as MB, but at least we know that his Majesty Tuanku Mirzan Zainal Abidin definitely prefers him over Datuk Seri Idris Jusoh. Emerged as the biggest winner in the whole affair.

Datuk Rosol Wahid
Ajil assemblyman, State UMNO liaison secretary

Universally regarded as the person who talked way too much during the whole saga. When it was announced that Ahmad Said was to become MB, he came out with a statement that all 22 BN assemblymen will boycott the swearing in ceremony. Pandemonium ensued. Rasol led a group of people to the palace to hand over a memorandum and that said that Ahmad Said was no longer an UMNO member, forgetting (or not knowing) that such decisions rests in the hands of the UMNO Supreme Council.

When the Supreme Council accepted Ahmad Said’s appointment, ‘principled man’ Rosol said that he will stand by the decision. What happened to his bravado talk about ‘resigning in protest’ over the appointment just some days ago?

Emerged from the whole saga as an ignorant, hypocritical, biadap loser.

Datuk Seri Idris Jusoh
Former Terengganu MB, now just a ‘normal’ assemblyman

If we learn one thing from the Terengganu saga, it’s that Tuanku Mirzan Zainal Abidin DOES not think Idris should remain as MB, period. Idris tried to see his Majesty a couple of times, but was turned down. At first he was tensed, then happy, then he said that he accepts the decision of the palace but has the people’s support, after that he said that he is willing to apologize for all and any mistakes that he made to the Sultan. He didn’t have to; his Majesty was adamant.

Lately, Tun Mahathir ripped him to shreds in an article in the Sun newspaper. He now joins Shahidan Kassim in the ‘Kicked out by Palace’ club, which is a subset of the much larger ‘former MBs/CM’ club, along with Messrs Koh Tsu Koon, Tajol Rosli, Mahadzir Khir and of course, Dr. Khir Toyo.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Prime Minister of Malaysia, UMNO President 

The troubles never stop for our premier. On 8 March 2008, his Barisan Nasional took a beating at the hands of the people. Then, the Tun called for his resignation, and this was echoed by son Mukhriz. At the same time, Wanita UMNO and Sabah UMNO are not happy with the Cabinet composition. 3 deputy ministers have so far declined/resigned cabinet positions. Ku Li is gathering support to challenge him. The opposition and the bloggers continue to criticize him. And ON TOP of ALL these, he had to deal with the humiliation of having his ’selected’ MBs rejected by two Malay rulers.

I almost pity him. Almost.

 

Di mana jaguh-jaguh UMNO? 23 March 2008

Filed under: Politics, Racial issues — Syahredzan Johan @ 12:42 pm
Tags: , , , , , ,

Saya masih menunggu jaguh-jaguh UMNO yang kononnya mempertahankan bangsa Melayu untuk membuat protes di Terengganu sepertimana protes diadakan di Perak dan Selangor meminta Saudara Lim Kit Siang memohon maaf kepada Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin.

Saudara Lim telahpun meminta maaf pada keesokan harinya. UMNO Terengganu dan juga pemimpin-pemimpin parti tersebut masih belum berbuat demikian, malah telah berkelakuan lebih biadap lagi.

Di manakah jaguh-jaguh UMNO yang beriya-iya ingin mempertahankan bangsa dan institusi diraja Melayu?

Mengapakah ada double standard?

 

When UMNO is ‘biadap’, part II 22 March 2008

Filed under: Politics — Syahredzan Johan @ 5:42 pm
Tags: , , , , , ,

I’m sorry, but I just can’t get enough of this. Let’s revisit the DAP Biadap headline in Utusan Malaysia, dated 13 March 2008.

DAP Biadap – Arahan pulau majlis perlantikan MB Perak dianggap hina raja Melayu

Oleh: HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Mac – DAP bertindak biadab apabila mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Beberapa pemimpin yang membidas tindakan DAP itu turut menegaskan, adalah satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati majlis tersebut yang merupakan sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan DAP melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang semalam merupakan sesuatu yang di luar batasan.

DAP secara terang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedudukan kesultanan Melayu.

“Niat memulaukan istiadat pelantikan juga menunjukkan mereka hanya gilakan kuasa sehingga sanggup membelakangkan kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

DAP malam tadi mengarahkan kesemua 18 ADUN parti itu di Perak memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadualkan petang ini. Pada pilihan raya lalu, Barisan Nasional menang 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Pas (5) dan PKR (7).

Tindakan itu diambil berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam melalui Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memilih ADUN Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Kit Siang dalam kenyataannya semalam menegaskan keputusan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar hanya mencetuskan kejutan dan kemarahan pimpinan, ahli serta penyokong DAP.

Sebaliknya menurut Kit Siang, DAP hanya bersetuju dua nama sahaja iaitu Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Menteri Besar.

Majlis tersebut kemudian ditangguhkan selepas pihak istana mendapati DAP, Pas dan PKR tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

Bagaimanapun hari ini, Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula dengan tegas menyifatkan kenyataan Kit Siang itu sebagai biadab.

“Jangan baru sehari dua berkuasa, sudah mula tunjuk belang. Memang ia biadab.

Perlu ingat negeri Melayu ada adat dan pantang larang, sebab itu DAP jangan sesekali lupa pepatah, ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.

“Saya percaya dalam hal ini bukan sahaja saya, tetapi puluhan juta lagi rakyat menjunjung kasih dan mengucapkan syabas ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana terus menegakkan peruntukan Perlembagaan,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Kit Siang sudah memohon maaf dan akur untuk menghadiri majlis angkat sumpah, namun langkah itu umpama ‘sudah terhantuk baru tengadah’.

Sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada institusi raja dan menghormati dasar-dasar negara, kita rasa terpukul dengan keangkuhan DAP yang seolah-olah mengundang api perkauman.

“Sikap yang keterlaluan dan melampau ini seolah-olah mengundang api perkauman supaya disemarakkan dan memang benar telahan umum selama ini DAP merupakan parti cauvinis yang bertopengkan konsep ‘Malaysian Malaysia’,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman pula berkata, perkembangan yang berlaku di Perak itu seharusnya menginsafkan orang Melayu.

Sekarang kita nampaklah belang DAP. Tanya saya, memanglah biadab bila tidak boleh terima keputusan istana,” tegasnya.

 

*Story courtesy of Utusan Malaysia online. Read it here.

There’s a wonderful Malay saying that is so very apt in this situation.

Paku dulang paku serpih, cakap orang, dia yang lebih“.

 

When UMNO is ‘biadap’ 22 March 2008

Filed under: Politics — Syahredzan Johan @ 2:13 pm
Tags: , , , , ,

Kijal assemblyman, Datuk Ahmad Said, will be appointed as the new Mentri Besar of Terengganu, ending two weeks of speculations. His appointment by the Terengganu palace was against the desire of Barisan Nasional and UMNO, who wanted incumbent MB Datuk Idris Jusoh to remain as Mentri Besar. Therefore, 22 BN assemblymen in the state planned to boycott the swearing in ceremony to be held on Sunday. Read the story here and here.

A week or so ago, when Mr. Lim Kit Siang of the DAP released a statement asking Perak DAP assemblymen to boycott the swearing-in ceremony of PAS’ Mr. Mohd. Nizar, many quarters and especially UMNO, proclaimed that the opposition man was ‘biadap‘ for not respecting the choice of the Regent of Perak, Raja Nazrin. UMNO’s official mouthpiece, Utusan Malaysia even carried the headline ‘DAP Biadap‘ (you can read the ’story’ here). In fact, amongst the various ‘demands’ by the UMNO (and associates) protesters in Selangor and Perak was an apology by Mr. Lim Kit Siang on his statement, who incidentally had apologized to the Perak regent on the very next day.

If Mr. Lim was biadap then UMNO Terengganu is also biadap here. By stating their intentions to boycott the ceremony and submitting a letter of protest, they are going against the wishes and decision of the Terengganu regent. And by their own definition that they have imposed upon Mr. Lim, going against the Malay sultans is an act of biadap.

As such, I urge the people of Terengganu to protest somewhere in Terengganu to demand an apology for the act of biadap displayed by their elected assemblymen. I also urge that we write to Utusan Malaysia to demand they carry the headline ‘UMNO Biadap‘.

I admit that I’m full of glee at what’s happening to UMNO and BN these days. It seems like whatever they did and said will backfire on them.

 

NEP and Malay rights 20 March 2008

Filed under: Racial issues — Syahredzan Johan @ 4:18 pm
Tags: , , , ,

Okay, let’s all get this straight.

The New Economic Policy and the special rights of the Malays are two different things altogether.

The NEP is an economic policy, created by Parliament. It is prudent for us to remember that the NEP has been superseded other economic policies which preserves the spirit of the original NEP.

Malay special rights, on the other hand is part of the Malaysian constitution.  It can only be amended/abolished by amending the constitution.

So why are UMNO and it’s associates talking about ‘menggugat hak istimewa orang Melayu‘ when there are talks about abolishing the NEP?

 

A quiet moment of comfort 20 March 2008

Filed under: Miscellaneous — Syahredzan Johan @ 2:07 pm
Tags: ,

Just wanted to share this.

I thought this was a nice picture. Perak MB, Mohammad Nizar Jamaluddin, consoling a girl whose father died an explosion in a tunnel in Perak. Read the story here.

*Picture above courtesy of the the Star Online.

 

When UMNO (and associates) hold protests 20 March 2008

Filed under: Government, Politics, Racial issues — Syahredzan Johan @ 11:30 am
Tags: , , , , , , , , ,

I believe in freedom of speech and the freedom to hold a peaceful assembly.

The organizers of the protests in Penang, Perak and recently Selangor have all the right to protest and air their grievances in a public assembly.  Personally, I think they’re made out of mostly UMNO members who can’t quite get it in their thick, chauvinistic heads that they’ve lost the support of the people, but that’s just my opinion. I respect their right to behave like sore losers.

But what I do not respect is the pin drop silence from UMNO leaders on these protests. I remember the widespread condemnation from the same leaders after the HINDRAF rally in Kuala Lumpur. The party’s official mouthpiece, Utusan Malaysia even coined the protesters as ‘pelampau Hindu‘ (Hindu extremists). But apart from the fact that the HINDRAF rally was bigger, the assemblies all have a common thread. They were intended to be peaceful (regardless of what you read in the mainstream media about the HINDRAF rally), they are about airing grieviences and they involve racial issues.

So why is one condemned and the others condoned?

At least the police’s stance has been consistent so far: no permit = illegal = FRU deployed = maybe ISA.

 

Ke mana UMNO? 16 March 2008

Pepatah Melayu ada mengatakan, adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang jangan terlalu bongkak dan yang kalah harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Pilihanraya umum yang baru dilangsungkan telah membuahkan satu fenomena politik yang dikatakan bagai ‘tsunami’, di mana parti perikatan Barisan Nasional telah mengalami kekalahan yang teruk di seluruh negara.

Akibat dari tamparan itu, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional memutuskan untuk mencermin diri mereka dan parti itu sendiri. Mereka menyatakan hasrat mereka untuk membuat kajian dan post mortem tentang kekalahan mereka, sebab mengapa hanya 51% dari rakyat Malaysia yang keluar mengundi pada 8 Mac yang lalu mengundi Barisan Nasional.

Ramai yang telah menjangka bahawa pengundi-pengundi bukan Melayu akan berpihak kepada pembangkang kali ini. Ini jelas dengan kekalahan hebat yang dialami oleh parti-parti komponen Barisan Nasional yang berlandaskan kaum bukan Melayu, seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Akan tetapi, ramai yang tidak mengjangka bahawa di kalangan pengundi-pengundi Melayu juga rata-rata terdapat vote swing kepada pihak pembangkang.

UMNO sebagai parti kompenan bangsa Melayu di dalam Barisan Nasional haruslah bertanggungjawab. Ahli-ahli dan para pemimpin UMNO harus mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku dan melihat semula di mana kesilapan mereka. Jika mereka tidak berbuat demikian, masa depan UMNO akan menjadi semakin gelap dan lama-kelamaan, parti tersebut akan menjadi tidak relevan lagi.

Apa yang amat mengecewakan adalah UMNO bagaikan tidak mahu belajar dari kekalahan ini. Benar, pilihanraya umum baru berakhir seminggu yang lepas, tetapi apa yang dilihat dari UMNO selepas kekalahan Barisan Nasional tidak menunjukkan bahawa mereka mengambil apa-apa iktibar dari kekalahan mereka.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Johari Baharom yang juga penyandang jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri minggu lepas menyatakan bahawa kekalahan Barisan Nasional adalah disebabkan oleh parti-parti kompenan Barisan Nasional yang lain. Manakala Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan menyatakan bahawa sebab kekalahannya adalah kerana ‘undi protes’ dari pengundi bukan Melayu. Kenyataan-kenyataan seperti ini menunjukkan keangkuhan pemimpin-pemimpin tersebut yang tidak menerima kenyataan bahawa UMNO juga harus dipersalahkan di dalam hal ini.

Jika UMNO berhati terbuka, mereka sebenarnya akan dapat melihat bahawa mereka merupakan salah satu sebab pengundi bukan Melayu menolak parti-parti komponen BN yang lain. Mereka jangan sangka bahawa pengundi telah melupakan episod mengeluarkan keris oleh Ketua Pemuda UMNO sejak beberapa Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Dan juga kata-kata tidak sensitif yang dikeluarkan oleh ahli-ahli UMNO di Perhimpunan Agung dua tahun yang lepas. Isu yang berbangkit ketika itu tidak ditangani dengan baik oleh parti komponen yang lain dan pengundi bukan Melayu melihatkan parti MCA dan MIC sebagai ‘Pak Turut’ kepada UMNO, yang rata-rata mendominasi Barisan Nasional.

Tiada siapa di dalam UMNO yang mengakui akan hal tersebut. Dan UMNO kini kelihatan seperti ‘tidak faham bahasa’. Utusan Malaysia, media aliran perdana yang sebenarnya merupakan suara rasmi parti itu, kini giat mengkritik parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP, menuduh mereka sebagai tidak membela nasib Melayu, biadap dan tidak sensitif. Malah UMNO juga telah mengadakan perhimpunan di hadapan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, Lim Guan Eng, kononnya untuk membantah kenyataan pemimpin pembangkang tersebut berkenaan dengan DEB. ‘Hidup Melayu’ dan ‘Kami Menolak Kerajaan Pulau Pinang’, laungan mereka. Mereka ‘menghentam’ kerajaan Pulau Pinang belum sampai seminggu kerajaan tersebut dibentuk. Bagaimanakah mereka tahu bahawa nasib orang Melayu di Pulau Pinang akan tergadai hanya dalam masa beberapa hari?

Adakah mereka ingin melagakan orang Melayu dan bukan Melayu? Perbuatan mereka adalah taktik yang sering mereka gunakan iaitu menakutkan orang Melayu dengan kehilangan ‘ketuanan Melayu’ yang mereka juarakan itu. UMNO telah bertahan selama ini kononnya sebagai pembela nasib orang Melayu.

Ketika UMNO seharusnya mencermin diri, melihat semula dan mengkaji, mereka lebih gemar mengkritik parti-parti pembangkang. Masalah dalaman yang sedang melanda mereka seperti tidak diendah. Krisis kepimipinan presiden UMNO, kemelut melantik menteri besar di Perlis dan Terengganu dan kekalahan Barisan Nasional dan UMNO itu sendiri tidak dikaji mahupun cuba ditangani. Sokongan untuk parti tersebut semakin berkurangan, terutama sekali dari belia-belia Melayu professional masa kini. Jika tiada apa yang dilakukan, maka UMNO pada masa hadapan akan dipinggirkan oleh golongan professional dan intelektual Melayu yang tidak tahan dengan pemikiran kolot kebanyakan pemimpin-pemimpin parti tersebut.

Pengundi masa kini semakin bijak. Kenyataan-kenyataan yang diluahkan oleh para pemimpin akan diteliti. UMNO tidak boleh bergantung kepada scare tactics mereka yang berkali-kali membuahkan hasil. Orang Melayu kini tidak mudah diperdaya kononya tanpa DEB itu Melayu akan gagal. Orang Melayu sendiri telah melihat betapa polisi tersebut telah dicabuli oleh ‘jaguh-jaguh’ bangsa di dalam UMNO.

Seperti yang dikatakan oleh bekas pemimpin UMNO dan bekas ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim, UMNO memerlukan suatu perubahan dari dalam, suatu reformasi dalam diri parti itu. Demokrasi harus dikembalikan ke dalam UMNO, budaya politik wang harus dilenyapkan. Di samping itu, pemikiran ahli UMNO harus juga berubah supaya mereka melihat diri mereka bukan hanya sebagai Melayu tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia. Imej chauvanist Melayu yang kini menjadi stigma parti tersebut haruslah dikikis. Mereka harus sedar bahawa Melayu itu tidak semestinya UMNO.

Jika tidak, UMNO akan tenggelam.