Posting saya pada kali ini mempunyai unsur-unsur yang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah orang. Oleh itu, sekiranya anda tidak selesa dengan perkara-perkara yang sebegini, saya syorkon supaya anda berhenti membaca.
Saya juga ingin memohon maaf sekiranya saya ada menyinggung mana-mana pihak yang telah terbaca posting saya secara tidak sengaja.
***
Saya ingin menyentuh sedikit tentang beberapa seksyen di dalam undang-undang Kanun Keseksaan atau ‘Penal Code‘ (“KK”) berkenaan dengan kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii atau carnal intercourse against the order of nature (“kesalahan tersebut”).
Seksyen 377A KK memberikan definisi kesalahan tersebut:
“Any person who has sexual connection with another person by the introduction of the penis into the anus or mouth of the other person is said to commit carnal intercourse against the order of nature.“
Kesalah tersebut termaktub di dalam dua seksyen yang berbeza.
Seksyen 377B KK menyatakan:
“Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping.“
Manakala Seksyen 377C KK menyatakan:
“Whoever voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature on another person without the consent, or against the will, of the other person, or by putting the other person in fear of death or hurt to the person or any other person, shall be punished with imprisonment for a term of not less than five years and not more than twenty years, and shall also be liable to whipping.“
Perbezaan di antara kedua-dua seksyen di atas adalah:
1. Seksyen 377B adalah kesalahan yang dilakukan secara sukerala tanpa paksaan, atau dipanggil consensual.
2. Seksyen 377C pula adalah kesalahan yang dilakukan tanpa keralaan, secara paksa atau dengan ugutan.
Seksyen 377B yang dilakukan secara sukarela bermakna terdapat sekurang-kurangnya dua orang pesalah yang secara sesama boleh didakwa di Mahkamah. Di dalam jenayah-jenayah consensual atau dengan kerelaan, tidak ada victim atau mangsa yang terlibat. Hanyalah pesalah, seperti kes-kes rasuah di mana terdapat dua pihak bersalah, si pemberi dan si penerima.
Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengadu sebagai mangsa kesalahan tersebut, maka orang yang telah melakukan kesalahan ke atasnya haruslah didakwa mengikut Seksyen 377C dan bukan Seksyen 377B.
Amatlah menghairankan sekiranya orang yang disuspek membuat kesalahan tersebut ke atas orang yang membuat aduan sebagai mangsa didakwa mengikut Seksyen 377B dan bukannya Seksyen 377C.

Sec.377B perlu dibaca bersama Sec.377A.Untuk memahami secara jelas ‘in form and spirit’ keseluruhan Sec.377 hingga 377E perlu dihalusi.Jelas bahawa peruntukan dibawah section2 ini hanya untuk satu pihak sahaja iaitu ‘mereka yang melakukan’[the active] bukan ‘mereka yand dilakukan [passive].Jangan dikaburi dengan andaiyan bahawa Sec.377B ‘is consensual’ [suka rela].Section in adalah umum ‘it can be consensual or otherwise’.Perkataan yang digunakan dalam section ini ialah ‘voluntary’ bukan ‘consesual’.Perkataan ini pula khusus ditujukan kepada mereka yang melakukan ‘carnal intercourse against the order of nature’ iaitu berbalik kepada Sec.377A golongan mereka yang ‘active’ i.e ‘the person who introduce the penis into the anus of another person’.Justeru itu Sec.377B hanya khusus untuk seorang pesalah sahaja iaitu mereka yang “active’.Bagi yang ‘passive’ the law is silent here.Pendakwaan dibawah Sec.377B adalah justified.Perlulah diingatkan “consent’ is not a defence under this section.
Beberapa perkara:
1.
Seksyen 377B dan 377C adalah dua seksyen yang berbeza. Seksyen 377C jelas merupakan kesalahan yang dilakukan dengan paksaan/tidak sukarela/unsur-unsur assault. Oleh itu, sekiranya 377C adalah kesalahan yang mempunyai unsur paksaan, maka 377B jika dibaca memberi maksud kesalahan yang tidak mempunyai unsur-unsur tersebut, walaupun benar perkataan ‘consensual’ tidak terdapat di dalam seksyen tersebut.
2.
Sekiranya diambil interpretasi bahawa kesalahan tersebut hanya untuk mereka yang aktif sahaja, dan bukan pasif, bukankah mereka yang bersubahat juga sama-sama bersalah dan boleh didakwa (sama ada sebagai principals atau accessories)?
3.
Sekiranya kes di mana seseorang itu mengadu dilakukan seks di luar tabii secara tidak sukarela, bukankah itu kesalahan di bawah Seksyen 377C? Telah jelas diberikan di dalam Seksyen 377C bahawa seseorang yang melakukan seks di luar tabii secara paksa melakukan kesalahan di bawah Seksyen tersebut.
4.
Saya setuju bahawa ‘consent’ bukanlah suatu pembelaan di bawah kesalahan Seksyen 377B.
Pandangan saya ini lebih kepada menjelaskan isu2 yang cuba disempitkan pemahamannya.Tidak memihak kepada sesiapa.Bukanlah pakar dalam perundangan hanya sekadar menjelaskan isu yang berbangkit dari sudut fahaman yang lebih terbuka.
1. Sec.377B & 377C memangnya berbeza.Yang satunya umum(general) dan satu lagi spesific (without consent).Apa yang perlu dinyatakan ialah didalam mengkaji section2 ini janganlah kita sempitkan pemahaman.Kita tidak wajar secara conclusive mentakrifkan sekiranya Sec.377C (without consent) therefore Sec.377B is (consensual).Padahal Sec.377B lebih berbentuk umum boleh ditakrif sebagai consensual or otherwise.
2. Bersubahat perlu ada salah satu dari unsur2 ini i.e instigate,engages,or intentionally aid Sec.107.Pendapat saya golongan ‘passive’ ini, kalau pun ingin di dakwa ,boleh dikenakan dibawah Sec.377D i.e commit or abet . . act of gross indecency.Tetapi bukan dibawah Se.377B.
3.Sebenarnya diperingkat ini pihak pendakwa ada 2 pilihan i.e Sec.377B atau 377C.Mana jalan yang sesuai ,jalan sesak atau jalan lengangang.Kedua dua jalan mengarah kepada detinasi yang sama.The option is theirs base on the watage of the evidance they have.
Walaupun saya masih tidak setuju dengan intepretasi saudara dalam perkara S. 377B, saya menghargai pandangan anda dalam hal ini.
Kita lihat sahajalah evidence yang dikemukakan nanti dan perjalanan kes tersebut.
Kita berhujah berdasarkan pemahaman masing masing.Undang undang digubal untuk melindungi semua golongan masyarakat.Oleh kerana Penal Code ini kitab maanusia bukan kitab tuhan (alquraan) , banyaklah kekurangan dan ketidaksempurnaannya.Mungkin selepas kes ini pindaan kepada section berkaitan boleh dibuat bagi membolehkan tindakan diambil keatas kedua dua belah pihak serentak.Tetapi sehingga itu berlaku Sec 377B hanya untuk satu pihak sahaja i.e mereka yang ‘active’.
Sama-samalah kita mengikuti perjalanan kes ini.Terima kasih.
Definasi Sec.377D & E pulak ape dia punye details?
377D – kesalahan ‘outrages of decency’.
377E – kesalahan ‘inciting a child an act of gross decency’.
I dont have a clue ape benda korang cakap.
I’ll continue munching Chipster perase Hot & Spicy while reading it again thou.
Hehehehheheeee….
Order of nature? Lol… you gotta be kidding with me. For a species that engages in wars, cannibalism, genocide, necrophilia, suicide, self mutilation, environmental pollution and human sacrifice (none of which can ever be found in the animal world), is oral sex and sodomy really a crime?
I understand S.377C (though I do wonder why the word ‘voluntarily’ is there, I’ve never heard of ‘involuntary rape’ before, in fact, I doubt the Malay word Terogol even exists), but to penalise people for a victimless act? C’mon!