Refleksi Minda

Reflections from the mind of a self-professed social critic

Liberalisasi? 23 April 2009

Filed under: Government, Racial issues — Syahredzan Johan @ 2:01 pm
Tags: , , , , , ,

Saya mendapat maklumat ini dari blog YB Nik Nazmi.

Beliau melaporkan pengamatannya tentang pengumuman liberalisasi beberapa sektor perkhidmatan bagi menjana pelaburan asing. ‘Liberalisasi’ tersebut adalah dengan melupuskan keperluan equiti 30% bumiputera di dalam sektor-sektor tersebut. Media masa tempatan telah memutar-belit, atau dalam Bahasa Inggeris, spin perkara tersebut.

Contohnya, dalam the New Straits Times:

Move to liberalize economy: Services sub sector to soar with bold revamp

PUTRAJAYA: In a sweeping move towards liberalising the economy, the government yesterday removed the 30 per cent Bumiputera quota on equity ownership in 27 service sub-sectors (see list at right).

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will take the move a step further next week with a major announcement involving the financial sector.

The sub-sectors affected with immediate effect are health and social services, tourism services, transport, business and the computer industry and related services.

Tiada apa-apa yang menarik, bukan? Tetapi lihatlah laporan Berita Harian untuk perkara yang sama:

Buka 27 sektor kecil

PUTRAJAYA: Dalam usaha menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi, kerajaan semalam membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan, berkuat kuasa serta-merta.

Ia meliputi perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan; pelancongan; kesihatan dan sosial; pengangkutan; sukan dan rekreasi; perniagaan; sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.

Dan juga di akhbar ‘pembela Melayu’, Utusan Malaysia:

Sektor perkhidmatan diliberalisasi

PUTRAJAYA 22 April – Kerajaan hari ini memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan.

Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.

Mengumumkan perkara itu di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan.

Akhbar bahasa Melayu tidak mengatakan ekuiti bumiputera tetapi ekuiti tempatan!

Sudah tentu ianya untuk mengelakkan backlash dari sesetengah masyarakat Melayu yang begitu pro-DEB (dan mungkin sekali ahli-ahli UMNO). Ketika Buletin Utama di TV3 malam semalam, saya sendiri mendapati bahawa perkataan ‘liberalisasi’ sering digunakan tetapi tidak pula memaklumkan kepada penonton apakah yang dimaksudkan sebagai ‘liberalisasi’. Perkataan ‘bumiputera’ langsung tidak digunakan.

Secara peribadi, saya rasa ianya satu langkah yang baik. Tetapi, saya ingin lihat NGO-NGO yang begitu lantang memperjuangkan ‘hak Melayu’ seperti Perwaris dan Perkasa untuk menyuarakan ‘kemarahan’ mereka sekali lagi. Saya juga ingin melihat juak-juak yang protes di hadapan Komtar ketika YB Lim Guan Eng kononnya menyatakan bahawa Pulau Pinang tidak akan mengamalkan DEB untuk juga memprotes ‘liberalisasi’ ini. Mana Badan Bertindak Perpaduan Melayu? Mana GPMS? Mana UMNO?

Mungkin mereka tidak membaca New Straits Times, maka tidak mengetahui apa itu sebenarnya ‘liberalisasi’.

 

One Response to “Liberalisasi?”

  1. mrbertz Says:

    I told you its going to be another Cerekarama.

    More to come afterwards..

    Hahahahhahaha…

    But having said that, we need to admit that they are trying their best to perform better. its an uphill climb, but the least they are trying.


Leave a Reply