Refleksi Minda

Reflections from the mind of a self-professed social critic

Kewarganegaraan: Antara retorik dan realiti Perlembagaan 17 June 2009

Filed under: Legal, Racial issues — Syahredzan Johan @ 2:22 pm

Baru-baru ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya ditubuhkan untuk ‘mempertahankan bangsa Melayu dan agama Islam’ telah menggesa kerajaan supaya membatalkan kewarganegaraan mereka yang dikatakan ‘membuat tuntutan yang keterlaluan’ dan ‘bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan’.

Gesaan untuk membatalkan atau melucutkan kewarganegaraan ini bukanlah perkara yang baru. Tidak lama dahulu, ada pihak yang mahukan supaya kewarganegaraan beberapa ahli politik pembangkang dilucutkan kerana kononnya telah ‘menderhaka’.

Di samping itu, sebuah akhbar tempatan baru-baru ini telah melabelkan kaum bukan Melayu sebagai ‘kaum pendatang’ dalam sebuah artikelnya. Artikel tersebut menimbulkan persoalan samada bangsa Melayu telah dikhianati oleh bangsa lain walaupaun kononnya telah rela hati bersetuju untuk memberikan kerakyatan kepada banga lain ketika negara mencapai kemerdekaan.

Isu-isu kerakyatan dan kewarganegaraan semakin ditimbulkan akhir-akhir ini, terutama sekali oleh golongon-golongan etno-nasionalis. Jika diimbas secara kasar, gesaan mereka kelihatan garang dan tegas, menunjukkan betapa marahnya mereka dengan sesetengah pihak, sehingga mereka sanggup mempersoalkan kewarganegaraan pihak-pihak tersebut. Namun sekiranya diteliti Perlembagaan Persekutuan, adalah jelas bahawa apa yang dibangkitkan oleh mereka ini tidak mempunyai asas undang-undang. Seperti biasa, mereka hanya pandai bersuara tanpa mengetahui apa yang mereka katakan.

Perkara berkaitan dengan kewarganegeraan terkandung di dalam Bahagian III Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 14(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, orang yang berikut ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

(a) tiap-tiap orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa peruntukan yang terkandung dalam Bahagian I Jadual Kedua; dan

(b) tiap-tiap orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kedua.

Bahagian I Jadual Kedua adalah berkenaan dengan orang yang lahir sebelum Hari Malaysia (iaitu 16 September 1963) dan Bahagian II adalah bagi orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia .

Mereka yang menjadi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang adalah mereka yang secara amnya menjadi warganegara tanpa memerlukan keadah formal seperti permohonan, pendaftaran atau sumpah setia. Sebahagian besar rakyat Malaysia menjadi warganegara Malaysia melalui proses ini. Contohnya, seseorang yang lahir di Malaysia dan mempunyai ibu atau bapa yang merupakan warganegara Malaysia memperoleh kewarganegaraan melalui Perkara 14(1) tersebut.

Di samping, seseorang itu juga boleh menjadi warganegara Malaysia melalui melalui pendaftaran atau penaturalasasian yang terkandung di dalam Perkara 15 hingga Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan.

Tidak ada mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membezakan kewarganegaraan mengikut bangsa. Benar, Perkara 153 memberikan ‘kedudukan istimewa’ kepada mereka yang dikategorikan sebagai ‘bumiputera’, tetapi dari segi kewarganegaraan dan kerakyatan, tidak ada perbezaan di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Tidak disebut langsung bahawa sesetengah kumpulan etnik mendapat kewarganegaraan atas ‘jasa baik’ atau ‘kerelaan hati’ sesuatu kumpulan etnik, seperti yang dibangkitkan oleh akhbar yang disebut di atas.

Perkara-perkara berkenaan dengan penamatan kewarganegaraan terkandung di dalam Bab 2, Bahagian III Perlembagaan Persekutuan. Perkara 23 membolehkan seseorang warganegara Malaysia melepaskan kewarganegaraannya secara sukarela.

Perkara 23(1) memperuntukkan bahawa:

Mana-mana warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih dan yang sempurna akal yang juga ialah seorang warganegara negara lain atau yang hampir menjadi seorang warganegara negara lain boleh melepaskan kewarganegaraannya bagi Persekutuan melalui akuan yang didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan, dan hendaklah sesudah itu terhenti menjadi warganegara.

Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan pula memberi kuasa kepada kerajaan Persekutuan untuk melucutkan kewarganegaraan seseorang itu kerana memperolehi atau menggunakan kewarganegraan asing.

Perkara 24(1) menyatakan:

Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran, penaturalisasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain perkahwinan) maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

Perkara 24(2) pula menyatakan:

Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah menuntut dan menggunakan dengan sukarela di mana-mana negara di luar Persekutuan apa-apa hak yang terdapat untuknya di bawah undang-undang negara itu, iaitu hak-hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara negara itu maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

Seorang rakyat Malaysia tidak dibenarkan mempunyai dwi-kewarganegaraan dan Perkara 24 membolehkan kerajaan melucutkan kewarganegaraan mereka yang didapati mempunyai kewarganegeraan asing.

Bagaimana pula mereka yang kononnya menderhaka, tidak taat kepada negara, membuat tuntutan keterlaluan dan pelbagai sebab lain seperti yang digesa oleh pihak-pihak yang disebut di atas? Adakah kewarganegaraan mereka boleh dilucutkan?

Perkara 25(1)(a) menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan sesiapa yang menjadi warganegara melalui pendaftaran atau penaturalisasian jika berpuas hati:

bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan.

Akan tetapi, Perkara 25(1)(a) hanya boleh beroperasi ke atas mereka yang memperolehi kewarganegaraan melalui pendaftaran atau penaturalasasian dan bukannya mereka yang memperolehi kewarganegaraan mereka melalui kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14(1).

Ini bermakna, bagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang seperti dinyatakan di atas menjadi warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, kerajaan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk melucutkan kewarganegraan mereka kecuali di bawah Perkara 24(1) dan (2) iaitu berkenaan dengan kewarganegaraan asing.

Maka, kerajaan tidak boleh melucutkan kewarganegaraan mereka yang lahir di Malaysia dan mempunyai ibu atau bapa yang merupakan warganegara Malaysia atau mana-mana kategori yang lain yang terkandung di dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua di atas alasan bahawa mereka tidak taat, tidak setia, derhaka, membuat tuntutan berlebihan, tidak sehaluan dengan parti pemerintah dan mereka yang menyokongnya, atau apa-apa alasan lain yang mungkin diberikan.

Seseorang rakyat Malaysia dijamin kewarganegaraannya oleh Perlembagaan, bukannya mengikut rasa hati golongan tertentu.

Apa yang begitu ironis adalah golongan etno-nasionalis ini amat gemar membangkitkan Perkara 3 (agama Islam sebagai agama rasmi) dan Perkara 153 serta memberi amaran kepada orang lain supaya tidak mempersoalkannya, tetapi pada masa yang sama mereka sendiri telah mempersoalkan dan membelakangi apa yang telah jelas termaktub di dalam Perlembagaan.

*This article first appeared in Loyarburok, in two parts. Part I here and Part II here. Also can be found the Malaysian Insider here and here.

 

Unity through acceptance 13 June 2009

Filed under: Racial issues — Syahredzan Johan @ 2:16 am
Tags: , ,

Excerpts from my article for Putik Lada in the Star:

Unity through acceptance

Putik Lada
By Syahredzan Johan

Malaysians must accept that every citizen has a stake and a say in our country, as well as a place in the nation.

Last month marked the 40th year since the terrible tragedy of May 13, 1969. The riots then represented the lowest point of race relations in the country.

Of course, we can safely say that things have improved since. Instances of ethnic violence have been very sparse and nowhere near the magnitude of May 13.

By and large, Malaysians have managed to live peacefully together in the 40 years after the event.

Yet, while we have not resorted to violence, we cannot deny that we have still to find true national unity.

We can project to the world that we are a multi-cultural, multi-religious society, the “melting pot of Asia”, but peel away the facade and we will discover that there is a deep undercurrent of suspicion and frustration.

No, we cannot claim to be united just because we have not experienced any major racial riots since 1969. Unity is not achieved merely by superficial levels of interactions with others.

We are not united simply because we work together, have lunch together, play football with each other or visit each other during festive seasons. Society remains fractured along racial, religious and social lines despite the illusions we create to portray the contrary.

Let’s face it, racism and racial prejudice are very much part of everyday life. True unity is still elusive to us. But what is the measure of unity?

To read the rest of the article, please click here.