Refleksi Minda

Reflections from the mind of a self-professed social critic

Apabila Najib dan Anwar minum teh 5 December 2009

Filed under: Politics — Syahredzan Johan @ 7:11 am
Tags: , , , , ,

Beberapa minggu lepas, negara sedikit ‘gempar’ apabila dilaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilihat duduk bersama-sama di Parlimen.

Photo taken from the Malaysian Insider

Hampir kesemua media, samada cetak atau elektronik, telah menyiarkan gambar mereka berdua. Riuh seketika negara, kerana pengerusi Barisan Nasional dan ketua umum Pakatan Rakyat duduk semaja dan berborak. Benar, akhbar seperti Utusan Malaysia memutarkan isu itu sebagai satu contoh keterbukaan Datuk Seri Najib kerana sanggup minum teh dengan Datuk Seri Anwar walaupun pembangkang telah “melemparkan pelbagai tomahan”. Sememangnya ini sudah dijangkakan tetapi apa yang menarik adalah peristiwa itu dianggap mempunyai nilai berita.

Sebenarnya, tiada apa-apa yang perlu diperbesarkan dengan peristiwa tersebut. Sudah tentu Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar boleh berbual-bual sambil minum teh. Bukankah mereka berdua pernah bersama-sama dalam UMNO? Bukankah mereka berdua manusia juga? Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu mereka gemarkan teh tarik. Sudah tentu mereka boleh menikmati teh tarik bersama, apatah lagi dikatakan bahawa teh untuk ahli Parlimen adalah percuma!

(more…)

 

Barisan’s ‘brilliant’ strategy in Permatang Pasir, part II 20 August 2009

Filed under: Legal, Politics — Syahredzan Johan @ 1:40 pm
Tags: , , , ,

The crap has hit the fan.

You see, deception is manageable if its in small doses. A lie here. A misrepresentation there.

But if you weave a web of deception, of lies on top of lies, it’s hard to manage. Don’t handle it well and you might get tangled in your own web.

That’s what UMNO tried to do. When it was revealed that Mr. Rohaizat Othman, Barisan’s candidate for Permatang Pasir, was disbarred from practising, UMNO said it was something to do with his firm which he had no connection with. When Bar Council issued statement that you don’t get barred for misconduct of your firm partner, they insisted that he was a victim and even a hero by ’saving’ his firm through the act of paying back his client’s money.

Our beloved Deputy Prime Minister even accused the Bar Council as having an agenda.

But now the crap has well and truly hit the fan. Mr. Rohaizat’s former partner has come forward to clear his name.

You can read the detailed report the press conference of Mr. Yusri Ishak, Mr. Rohaizat’s former partner, on Malaysiakini.

I’d love to see the faces of Mr. Muhyiddin Yassin, Mr. Ahmad Maslan and Mr. Zahid Hamidi, staunch defenders of ‘hero’ Rogaizat’, when they heard what Mr. Yusri said.

 

Barisan’s ‘brilliant’ strategy in Permatang Pasir 17 August 2009

Filed under: Legal, Politics — Syahredzan Johan @ 1:29 pm
Tags: , , , , , ,

Ok, you’ve got a crucial by-election battle coming up. You must show that Malay support for your party has increased. You’re heartened by your strong showing in the last by-election where your party lost by a margin of only 65 votes.

It won’t be easy. The by-election is in a PAS stronghold and in the Opposition leader’s backyard of Permatang Pauh.  Even in 2004, when the feel good factor of the then Prime Minister Mr. Abdullah Ahmad Badawi swept the nation, the seat remained in the hands of the opposition.

To have any chance of winning, you must go on the offensive right from the start.

You’ve got all the necessary tools at your disposal. The might of government’s machinery. Promises of development and stability. The media, let by Utusan Malaysia, to paint a picture that the opposition pack is a threat to the Malays. If you play your cards right, you might just win the seat.

So then what do you do? You field a candidate who has been barred from practising as a lawyer.

Now, your campaign will be spent defending your man.

Brilliant strategy, Barisan Nasional…

Taken from the Edge:

Rohaizat’s offence a personal misconduct, Ragunath says

PERMATANG PAUH: The offence for which Permatang Pasir Barisan Nasional (BN) candidate Rohaizat Othman was struck off the Malaysia Bar Council’s list involves the individual lawyer.

Bar Council president Ragunath Kesavan told The Edge Malaysia that the proceedings under Section 103D of the Legal Profession Act 1976 involved misconduct of the individual lawyer.

“The offence was for personal liability and does not involve any other persons as Rohaizat was named by the complainant, and not his partner.

“Rohaizat was disbarred on March 7 last year and he appealed against the Bar Council decision to the High Court, which also dismissed his appeal on Aug 12 this year,” he added.

Ragunath said the offence committed by Rohaizat involved stakeholders’ money from Koperasi Pekebun Getah and there was no account for it.

“When the board looked into this matter and the order was made, there was no reimbursement to the stakeholders involving the sum of RM140,000.

“Even if you pay, the offence has been committed and it is a serious offence as this involves dealing with client’s money.

“If you are an innocent party, you would not be found guilty by the disciplinary committee and the charge leveled under Section 103D is tantamount to criminal misconduct,” he added.

Ragunath said the other partners only would be penalised if it involved negligence of the law firm concerned, but the offence committed under Section 103D was for personal misconduct.

On Sunday, Penang Umno chief Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi told a press conference that it was Rohaizat’s partner who was involved in the scandal which resulted in Rohaizat being struck off.

Meanwhile at the nomination centre, when asked whether Rohaizat’s credibility would come into question following the revelation of him being disbarred, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said: “There is no controversy with regards to his candidacy as we have done our homework.

“As far as the law is concerned, he has been declared eligible to contest and we believe the voters will understand when we explain to them what actually happened.

“We have our ways of explaining to the voters, the opposition can do whatever character assassinations they want.

“We will expose all their lies and the rakyat can judge for themselves,” he added.

 

Tidak wajar! 28 July 2009

Di dalam catatan bertajuk “Wajarkah?” yang terpapar pada blognya, penasihat undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun telah mengadaptasikan emel yang beliau terima (daripada seseorang yang meminta agar identiti beliau tidak dinyatakan), dan menyatakan persetujuannya (100%) dengan kandungan emel tersebut.

Catatan tersebut mempersoalkan mengapa beberapa institusi perbankan dan juga syarikat milik kerajaan (GLC) menggunakan khidmat peguam-peguam yang dikatakan “memberi perkhidmatan undang-undang secara pro bono (percuma) kepada pakatan pembangkang di dalam tindakan undang-undang di Perak.” Beliau telah menyenaraikan peguam-peguam (berserta firma guaman mereka) yang dikatakan memberi khidmat guaman kepada institusi perbankan dan GLC tersebut.

Secara amnya, catatan tersebut menyeru supaya beberapa anakguam institusi supaya tidak lagi memberi kerja-kerja guaman kepada para peguam yang bertindak untuk ahli politik Pakatan Rakyat. Amat sedih melihat seorang penasihat undang-undang untuk parti politik terbesar di negara ini bagaikan tidak memahami langsung tentang kebebasan seseorang peguam itu daripada karenah anakguamnya, dan betapa pentingnya perilaku seorang peguam terutama sekali sebagai seorang pegawai mahkamah.

Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan Datuk Hafarizam mengenai peguam-peguam tersebut. Perkara itu biarlah dijawab oleh mereka sendiri. Apa yang ingin saya bicarakan di sini adalah berkenaan isu yang ditimbulkan oleh Datuk Hafarizam di dalam blognya.

Kita harus membezakan di antara “kerajaan” dan “parti politik”. Di dalam sistem demokrasi yang digunapakai di Malaysia, kerajaan persekutuan dibentuk oleh parti politik (atau gabungan parti politik) yang telah memenangi majoriti kerusi parlimen di dalam Dewan Rakyat. Bagi setiap pilihanraya umum yang dijalankan sebelum ini, parti Barisan Nasional (atau sebelum itu, Parti Perikatan), telah mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan. Pada masa ini, Barisan Nasional adalah parti pemerintah kerana ia telah memenangi pilihanraya umum yang ke-12 (dan semua pilihanraya umum sebelum ini). Tetapi ini tidak bermakna bahawa kerajaan Malaysia akan diterajui oleh Barisan Nasional untuk selamanya.

Kita harus ingat bahawa tidak kiralah samada GLC atau institusi perbankan, yang mempunyai kepentingan adalah kerajaan Malaysia dan bukannya Barisan Nasional. Gelaran yang diberikan adalah “syarikat milik kerajaan” dan bukannya “syarikat milik parti politik” atau “syarikat milik Barisan Nasional”. Kerajaan Malaysia masih mempunyai kepentingan di dalam GLC, walaupun kerajaan tersebut bukan lagi kerajaan Barisan Nasional. Oleh itu, saya tidak nampak di mana salahnya jika seorang peguam mewakili GLC atau bank dan juga mewakili parti politik. Kedua-duanya, walaupun kadangkala berkait-rapat, adalah dua entiti yang berbeza.

Saya tidak tahu samada beliau adalah penasihat undang-undang GLC dan bank yang disebut di dalam blognya, tetapi apa yang pasti adalah beliau telah membangkitkan hal ini sebagai penasihat undang-undang UMNO. Jika parti politik dan kerajaan adalah dua entiti berbeza, atas dasar apa Datuk Hafarizam membangkitkan hal ini? Adakah seorang penasihat undang-undang parti politik boleh mempersoalkan kriteria pemilihan GLC dan bank dalam memilih firma guaman?

Tugas seorang peguam

Datuk Hafarizam juga sudah semestinya arif tentang apa yang dikenali sebagai cab-rank rule. Ia merupakan satu konsep yang diambil dari negara England yang menyatakan bahawa seseorang peguam mempunyai obligasi untuk menerima walauapapun kes yang datang kepadanya, jika peguam itu mempunyai kecekapan atau kemahiran di dalam perkara tersebut. Seorang peguambela atau barrister di England sering diumpamakan sebagai seorang pemandu teksi. Tugas seorang pemandu teksi adalah untuk membawa penumpangnya ke mana sahaja diinginkan, asalkan penumpang itu membayar tambang yang sewajarnya dan destinasi itu adalah di dalam lingkungan tempat kerja pemandu teksi itu.

Seorang barrister pula harus menerima sesiapapun sebagai anakguamnya, asalkan anakguam itu bersedia membayar yuran munasabahnya dan asalkan kerja itu adalah di dalam lingkungan kerja barrister itu. Seorang barrister juga diseru untuk memberi nasihat dan khidmat guaman secara pro bono atau tanpa mengenakan yuran kepada mereka yang dianiaya oleh tindakan kerajaan dan telah dicabuli hak asasi mereka.

Sebagai contoh, sekiranya seseorang yang dituduh meragut datang kepada saya dan memohon saya mewakilinya di mahkamah, mengikut cab-rank rule saya harus menerima kes tersebut walaupun secara peribadi saya benci mereka yang meragut.

Di Malaysia, konsep cab-rank rule ini telah diterapkan ke dalam etika amalan guaman melalui Peraturan (Amalan dan Etika) Profesion Guaman 1978 (bahasa Inggeris: Legal Profession (Practice & Etiquette) Rules 1978), yang menggariskan peraturan etika dari segi perilaku dan ketrampilan seseorang peguam. Peraturan 2 menyatakan:

An advocate and solicitor shall give advice on or accept any brief in the Courts in which he professes to practise at the proper profesional fee dependent on the length and difficulty of the case, but special circumstances may justify his refusal, at his discretion, to accept a particular brief.

Jelas bahawa peguam-peguam yang disebut oleh Datuk Hafarizam tidak boleh menolak apa-apa kes yang diberikan kepada mereka, tidak kiralah samada kes tersebut melibatkan GLC, kerajaan, bank mahupun parti politik. Peguam-peguam tersebut tidak harus dipersalahkan sekiranya institusi perbankan, GLC dan juga parti politik memohon khidmat mereka.

Penghinaan mahkamah?

Datuk Hafarizam yang juga bertindak sebagai peguambela dan peguamcara untuk ahli politik UMNO, menyokong seruan supaya anakguam peguam-peguam yang menghadapinya di dalam kes di mahkamah menarik balik kerja yang diberikan kepada peguam-peguam tersebut. Tindakan ini nampak bagaikan intimidasi terhadap peguam-peguam yang menentangnya.

Saya berpendapat bahawa Datuk Hafarizam sebagai seorang peguam tidak seharusnya membangkitkan isu ini. Peguam-peguam yang disebut di dalam catatan blog itu adalah lawannya di dalam beberapa kes berkaitan dengan krisis politik di Perak.

Saya ambil contoh, katakanlah saya mewakili A di dalam suatu kes guaman dan X pula mewakili B. Sebagai peguam A, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mempersembahkan kes A kepada mahkamah, termasuklah “menyerang” hujah-hujah X dengan hujah-hujah saya sendiri. Tetapi adakah wajar sekiranya di luar mahkamah, saya masih “menyerang” X dengan menimbulkan isu tentang anakguam X yang lain? Adakah wajar sekiranya saya mempersoalkan siapa anakguam-anakguam X, yang tidak ada kena-mengena dengan kes di antara A dan B?

Datuk Hafarizam seharusnya membezakan dirinya sebagai peguam dan anakguamnya sebagai sebuah parti politik. Benar, kes-kes Perak melibatkan pergelutan dua gabungan parti politik. Benar juga bahawa Datuk Hafarizam adalah penasihat undang-undang UMNO yang terlibat di dalam kes-kes tersebut. Tetapi Datuk Hafarizam tidak seharusnya terpengaruh dengan kes-kes anakguamnya dan menjadikannya sesuatu yang peribadi.

Peraturan (Amalan dan Etika) Profesion Guaman 1978, Peraturan 32:

The feeling existing between clients shall not be allowed to influence counsel in their conduct and demeanour towards each other or towards parties and their witnesses in the case.

Para peguam tidak boleh membiarkan perasaan di antara anakguam mereka mempengaruhi tingkahlaku mereka antara satu sama yang lain. Dengan membangkitkan isu mengenai anakguam peguam-peguam tersebut, Datuk Hafarizam telah sedikit sebanyak menjadikan kes-kes UMNO dan Barisan Nasional di Perak sebagai sesuatu yang peribadi. Beliau telah terbawa-bawa dengan pergelutan politik di antara kedua-dua belah pihak.

Saya bukanlah ahli mana-mana parti politik, apatah lagi menjadi penasihat undang-undang bagi mana-mana parti politik. Saya hanyalah seorang peguam muda yang masih mentah dari segi umur dan juga pengalaman. Tetapi saya memegang teguh pada kepercayaan bahawa profesion guaman itu adalah profesion yang murni dan terhormat. Walau sehebat mana persaingan di antara anakguam yang kami wakili, saya sentiasa percaya bahawa peguam seharusnya mementingkan profesionalisme dalam apa jua tindakan, apatah lagi sesama peguam.

Peraturan 18 menyatakan:

The conduct of an advocate and solicitor before the Court and in relation to other advocates and solicitors shall be characterised by candour, courtesy and fairness.

Atas dasar ini, saya berpendapat bahawa tindakan Datuk Hafarizam menyokong kandungan emel tersebut adalah sangat tidak wajar.

*This article was first published in Loyarburok and also reproduced in the Malaysian Insider.

 

Stay order does not make a Mentri Besar 13 May 2009

*This is actually an update to my earlier post, with some additions after I did some reading up into the subject.

We all know that after the decision on 11 May 2009 by the High Court that Mr. Nizar is the legitimate Mentri Besar of Perak, Mr. Zambry on 12 May 2009 succeeded in obtaining a stay of execution order from the Court of Appeal pending the appeal proper.

I admit that the Court of Appeal order raises a lot questions and it can be confusing to a layperson. I will try my best to provide my opinions on the whole matter.

The first question we must ask is this: what is an order for stay of execution?

An order for stay of execution is an order that the appealing party applies for to stop the successful party from executing or enforcing an order/judgement.

In normal circumstances, an order for stay of execution works thus:

Example 1:

A obtains judgement against B for RM1,000.

B appeals against the judgement to the higher court.

While waiting for the appeal to be heard, B applies for a ’stay of execution’ order.

If court grants the order, A cannot make B pay the RM1,000 until the appeal is disposed of.

Example 2:

C obtains order against D to seize his car

D appeals to high court, applies for stay

If court grants the order, C cannot seize D’s car until appeal is heard.

However, a stay of execution DOES NOT overturn the lower court’s decision. So using the examples above, the judgement A obtains against B and the order C obtains against D still stands. What the stay does is it stops A and C from executing/enforcing the court’s decisions.

The decisions can only be overturned the appeal proper.

So what about the situation in Perak, now that Mr. Zambry has obtained a court order for stay of execution?

One thing is for sure, the High Court’s decision still stands. It has not been overturned by the Court of Appeal, as the appeal proper has not been heard.

It is the ‘execution/enforcement’ of that decision that is ’stayed’.

There is an old reported English case, Clifton Securities, Ltd. v Huntley and Others [1948] 2 All ER 283. The case concerned a piece of land which the Plaintiff had leased to the Defendants. The lease had expired but the Defendants refused to move out of the premises. The case went to court and the Plaintiff succeeded in obtaining judgement against the Defendants for vacant possession and compensation. The Defendants appealed on the judgement and obtained a stay of execution pending the appeal. The Plaintiff, however, cut off the gas, electricity and water to the premises in order to force the Defendants out of the premises. The Defendants claimed that the actions of the Plaintiff are unlawful as they are entitled by the stay of execution to ‘remain in undisturbed possession of the premises’.

Justice Denning (as he then was) held that the Defendants’ claim was a ‘complete misconception to the effect of a stay’. According to him:

A stay of execution only prevents the Plaintiff from putting forth the machinery of law – the legal processes of warrants of execution and so forth – in order to regain possession. It does not take away any other rights they have. It does not prevent their exercising any right or remedy which they have apart from the process of the court.

Thus, a stay of execution only prevents the execution/enforcement of judgement or order and does not take away any other rights the successful party may have. It does not change the legal position as decided by the court previously.

Here’s the difficult part; how do you stay the ‘execution/enforcement’ the High Court’s decision? It’s not like situations in the examples I gave above.

The High Court’s order contained a ‘prayer’ (legal lingo to refer to the things asked for by a party in the court pleadings) which was granted of an injunction to prevent Mr. Zambry from exercising any functions purportedly as Mentri Besar. With the stay order, it is clear that Mr. Nizar cannot enforce that injunction i.e. he cannot stop Mr. Zambry from acting like the Mentri Besar.

As for the prayers for declaratory orders, especially the declaration that Mr. Nizar is the rightful Mentri Besar at all times, the effect of the stay is less clear, although some have argued that declaratory orders cannot be stayed.

It could mean that while Mr. Nizar is still the legitimate Mentri Besar (as the High Court decision still stands), he may not be able to exercise his functions as a Mentri Besar.

It could also mean that Mr. Nizar cannot assume the office of Mentri Besar for now.

But what I am very certain of is that the stay of execution order DOES NOT make Mr. Zambry the Mentri Besar.

Remember, the High Court decision still stands.

This is not a situation whereby Mr. Zambry was a Mentri Besar for 3-4 months before Mr. Nizar was re-instated as Mentri Besar. The High Court decision yesterday basically meant that Mr. Zambry’s ‘appointment’ was illegal from the start.

So the question of Mr. Zambry ‘resuming’ as Mentri Besar for now does not arise, regardless of how the mainstream media will try to spin it. I would say that in the eyes of the law, Mr. Zambry never assumed the post of Mentri Besar.

In the case referred of Clifton Securities, Ltd. which I have referred to earlier, the Defendants’ argument that they are entitled by the stay of execution to ‘remain in undisturbed possession of the premises’ was rejected by Justice Denning (again, as he then was). The Defendants, who were trespassers to the Plaintiff’s land did not all of sudden have rights of undisturbed possession of the premises merely by obtaining the stay order. The Defendants remain as trespassers until the appellate court rules otherwise.

Similarly, just because Mr. Zambry has obtained a court order for stay of execution, he does not suddenly become Mentri Besar. He remains an illegal Mentri Besar until and unless the Court of Appeal rules otherwise.

So the most we can go with interpreting the order for stay is that Perak does not have a Mentri Besar until the appeal is heard. However, notwithstanding that Mr. Nizar may not be able to exercise his functions as Mentri Besar or he cannot assume the post of Mentri Besar for now, it is clear that Mr. Zambry has no legal basis to claim he is Menteri Besar.

He cannot simply waltz into the state secretariat and act like the Mentri Besar merely by virtue of having the court order.

 

My opinions on Mr. Zambry’s stay order 12 May 2009

We all know that after yesterday’s ruling that Mr. Nizar is the legitimate Mentri Besar of Perak, Mr. Zambry today succeeded in obtaining a stay of execution order from the Court of Appeal pending the appeal proper.

I must admit one thing; the Court of Appeal order raises a lot questions and it can be confusing to a layperson. Heck, even I, a lawyer by profession, do not have all the answers to the legal conundrum that has arisen.

However, I’ll try my best to provide my legal views (unsolicited, of course) on the whole matter. Please take note that I have not done any intensive research on this matter, it’s more of an ‘off the cuff’ opinion based on my understanding of the law.

What is an order for stay of execution?

An order for stay of execution is an order that the appealing party applies for to stop the successful party from executing or enforcing an order/judgement.

In normal circumstances, an order for stay of execution works thus:

Example 1:

A obtains judgement against B for RM1,000.

B appeals against the judgement to the higher court.

While waiting for the appeal to be heard, B applies for a ’stay of execution’ order.

If court grants the order, A cannot make B pay the RM1,000 until the appeal is disposed of.

Example 2:

C obtains order against D to seize his car

D appeals to high court, applies for stay

If court grants the order, C cannot seize D’s car until appeal is heard.

However, a stay of execution DOES NOT overturn the lower court’s decision. So using the examples above, the judgement A obtains against B and the order C obtains against D still stands. What the stay does is it stops A and C from enforcing/executing the court’s decisions.

The decisions can only be overturned the appeal proper.

So what about the situation in Perak, now that Mr. Zambry has obtained a court order for stay of execution?

One thing is for sure, the High Court’s decision still stands. It has not been overturned by the Court of Appeal, as the appeal proper has not been heard and a date for hearing has not even been fixed yet.

It is the ‘execution/enforcement’ of that decision that is ’stayed’.

Here’s the difficult part; how do you stay the ‘execution/enforcement’ of yesterday’s High Court decision? It’s not like situations in the examples I gave above. It could mean that while Mr. Nizar is still the legitimate Mentri Besar (as the High Court decision still stands), he may not be able to exercise his functions as a Mentri Besar.

It could also mean that Mr. Nizar cannot assume the office of Mentri Besar for now.

I am not able to provide a conclusive answer on this point.

But what I am quite sure is that the stay of execution order DOES NOT make Mr. Zambry the Mentri Besar.

Remember, the High Court decision still stands.

This is not a situation whereby Mr. Zambry was a Mentri Besar for 3-4 months before Mr. Nizar was re-instated as Mentri Besar. The High Court decision yesterday basically meant that Mr. Zambry’s ‘appointment’ was illegal from the start. So the question of Mr. Zambry ‘resuming’ as Mentri Besar for now does not arise, regardless of how the mainstream media will try to spin it. I would say that in the eyes of the law, Mr. Zambry never assumed the post of Mentri Besar. Notwithstanding that Mr. Nizar may not be able to exercise his functions as Mentri Besar or he cannot assume the post of Mentri Besar for now, it is clear to me that Mr. Zambry has no legal basis to claim he is Menteri Besar and waltz into the state secretariat equipped only with the order.

So the most we can go with interpreting the order for stay is that Perak effectively has no Mentri Besar right now.

That’s just my humble opinion, based on my legal knowledge. If you disagree with my views or wish to point our errors in them, please feel free to do so.

 

Hari Yang Begitu Gelap 8 May 2009

Pada ketika saya menulis artikel ini, “Speaker” yang “dilantik” oleh ADUN Barisan Nasional telahpun “menangguhkan” persidangan DUN Perak kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan.

“Penangguhan” tersebut merupakan babak akhir rentetan peristiwa yang berlaku di Ipoh pada hari ini. Bermula dengan penangkapan begitu ramai rakyat Malaysia yang berkumpul di Ipoh, kemudiannya “perlantikan” “Speaker” haram dari BN dan Speaker yang sah diseret keluar dari Dewan oleh pegawai polis dan kakitangan DUN.

Walaupun berada nun jauh di tengah-tengah Kuala Lumpur, saya masih membara dengan kemarahan terhadap apa yang berlaku. Sepanjang hari saya mendapatkan maklumat terkini melalui laman-laman web. Saya juga memerhatikan komen-komen yang diberikan oleh rakan-rakan di Facebook tentang apa yang berlaku di Ipoh (walaupun penyokong tegar Barisan Nasional dan UMNO membisu sepanjang hari, mungkin mereka sendiri malu dengan apa yang berlaku).

Marah, geram dan kecewa. Kesemua perasaan ini bercampur-gaul di dalam hati saya. Saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang sanggup dilakukan oleh Barisan Nasional dan UMNO demi kuasa, pangkat dan harta benda. Bagi mereka, semuanya halal dan boleh digunakan untuk mencapai matlamat mereka. Di dalam episod politik di Perak mereka telah menggunakan semua yang mereka di bawah kawalan mereka untuk menjayakan rampasan kuasa ini. Polis, kakitangan kerajaan negeri, media massa dan institusi kehakiman; institusi-institusi yang sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak telah dicabuli kebebasan mereka.

Klimaks episod rampasan kuasa ini berlaku apabila Speaker yang sah, yang tidak berganjak dari kerusinya sejak pagi, diseret keluar dari Dewan Undangan oleh pegawai polis dan kakitangan DUN bagaikan dia seorang penjenayah.

Sedarkah mereka akan apa yang mereka lakukan demi kuasa? Mereka telah sanggup membuang Perlembagaan yang selama ini kita luhur bagaikan ianya tiada nilai. Mereka telah menggunakan segala jentera yang mereka kawal untuk memaksa kerajaan haram ini ke atas rakyat Perak, samada rakyat Perak menerimanya atau tidak.

Saya percaya kemarahan saya bukan kerana saya menyokong mana-mana parti politik, ia telah melangkaui batasan politik kepartian. Saya marah kerana saya seorang rakyat Malaysia yang tidak sanggup melihat demokrasi dan lunas undang-undang dikuburkan demi memuaskan kerakusan sesetengah pihak.

Ini tentang hak kita sebagai rakyat Malaysia! Tentang apa yang telah dijamin oleh Perlembagaan dan juga oleh demokrasi! Jikalau kita tidak boleh tentukan siapa memimpin kita, jikalau kita biarkan undang-undang digunapakai mengikut kehendak sang pemerintah, jikalau kita biarkan mereka tentukan baju warna apa kita dibenarkan pakai, apa perlu negera demokratik ini? Apa perlu Suruhanjaya Reid merangka rang Perlembagaan setengah abad yang lalu? Apa guna kita angkat tangan kita dan kita ucap “keluhuran Perlembagaan” apabila kita melafazkan Rukun Negara?

Apa guna kita mengundi, jika kita boleh biarkan orang lain menentukan siapa kerajaan kita?

Selepas ini kita akan saksikan reaksi daripada mereka yang merampas kuasa. Mereka akan kata mereka adalah kerajaan Perak yang sebenar-benarnya, kerana Sultan telah tabal mereka. Mereka akan salahkan pembangkang kerana “melakukan kekecohan” dan “tidak menghormati Sultan/mahkamah/dewan/polis”. Kemudian perampas-perampas kuasa di Perak akan dapat kuasa yang mereka begitu dahagakan, akan dapat pangkat mereka, akan dapat kereta Proton Perdana milik kerajaan mereka, akan dapat kontrak-kontrak mereka, akan dapat pejabat cantik mereka, akan dapat menghadiri majlis-majlis kerajaan mereka dan pelbagai “kelebihan” yang datang dengan kuasa dan pangkat. Mungkin mereka akan tidur dengan lena, walaupun mereka tahu bahawa mereka telah menjadikan diri mereka musuh demokrasi.

Tetapi demokrasi tidak begitu mudah boleh diketepikan. Demokrasi sudah sebati dengan rakyat. Ia sudah menjadi darah dan dagang kita. Ia mengalir di dalam jasad rakyat. Satu hari nanti, mereka akan perlu kembali kepada demokrasi. Mereka akan perlu mendapat mandat rakyat. Jika tidak esok, mungkin lusa, jika tidak lusa, mungkin tiga atau empat tahun yang mendatang.

Ketika itu, ketika mereka memujuk, merayu dan memohon mandat melalui proses demokratik, mereka akan tersentak apabila rakyat akan menggunakan demokrasi untuk menghukum mereka.

Ketika mengakhiri nukilan ini, pandangan saya beralih ke luar. Kuala Lumpur semakin gelap, hanya diterangi oleh sinar terakhir sang suria yang kian tenggelam di ufuk barat.

Berakhirlah hari yang begitu gelap untuk Malaysia.

*This article was also published in Loyarburok, and can also be found in The Malaysian Insider.

 

Saya mahukan pilihanraya kecil (kalau saya pengundi di DUN Penanti) 18 April 2009

Filed under: Media, Politics — Syahredzan Johan @ 6:00 am
Tags: , , , , , ,

Saya adalah seorang pengundi berdaftar di kawasan parlimen PJ Selatan dan DUN Bukit Gasing di Selangor. Setakat ini, saya berpuas hati dengan wakil rakyat saya dan juga kerajaan negeri saya.

Baru-baru ini, pengundi di DUN Penanti di Pulau Pinang dihadapkan dengan kemungkinan akan berlaku pilihan raya kecil (PRK) di DUN tersebut, dengan perletakkan jawatan Mohd Fairus Khairuddin dari parti PKR. Dengan perletakkan jawatan itu, Suruhanjaya Pilihanraya harus menetapkan tarikh pengundian bagi PRK di DUN tersebut dalam masa 60 hari.

Perdana Menteri saya mengatakan bahawa ini semua adalah mainan politik PKR dan negara tidak memerlukan suatu lagi PRK setalah 5PRK telah berlangsung sebelum ini (untuk rekod, Pakatan telah memenangi 4 dari 5 PRK sebelum ini). Seperti yang dijangkakan, media arus perdana mengambil ‘cue’ dari kenyataan Perdana Menteri dan mula memainkan isu ‘ketidakperluan PRK’ ini. The Star, misalnya, telah memaparkan kos yang harus dibelanjakan bagi setiap PRK yang diadakan sebelum ini. Utusan Malaysia pula menyiarkan pendapat mereka yang dikatakan pengundi-pengundi di DUN Penanti untuk memberikan gambaran bahawa PRK menyusahkan rakyat (apa yang menarik adalah mereka yang ditemuramah kesemuanya berumur 50 tahun ke atas).

Saya juga kurang bersetuju dengan mengadakan PRK pada waktu sekarang. Saya fikir rakyat sudah mula merasakan by-election fatigue kerana terlalu banyak PRK. Saya lebih suka sekiranya kerajaan menumpukan perhatian terhadap keadaan ekonomi yang kian meruncing.

Tetapi jika saya seorang pengundi di Penanti, saya tentu akan mengalu-alukan sebuah PRK di tempat saya.

Dengan adanya PRK, perhatian seluruh negara akan difokuskan kepada DUN saya. Petugas, penyokong politik, wartawan dan pelancong politik sudah tentu akan berkunjung ke tempat saya dan ini akan menguntungkan para peniaga di tempat saya. Orang luar akan memerlukan tempat tinggal, orang luar perlu mencari makanan dan orang luar juga sudah tentu akan sedikit sebanyak membeli-belah.

Di samping itu, dengan adanya PRK, DUN saya akan dibanjiri dengan ‘gula-gula’ untuk meyakinkan pengundi-pengundi untuk mengundi sesuatu parti itu. Jalan-jalan akan ditarkan, sekolah-sekolah akan diberikan bantuan dan projek-projek akan diperbanyakkan lagi. Jika kami bernasib baik, kami mungkin mendapat kontrak kerajaan melalui cabutan bertuah, seperti yang berlaku di Kuala Terengganu. Ataupun, gadis-gadis seksi akan membuat pertunjukkan di tempat saya untuk memancing undi, seperti yang berlaku di Bukit Gantang (yang dikatakan merupakan ‘budaya Cina’).

Walaupun PRK memerlukan kos yang tinggi, saya lebih rela supaya wang dibelanjakan untuk kegiatan demokrasi di mana saya akan punyai hak untuk tentukan, daripada ianya lesap ke dalam poket ahli-ahli politik ataupun digunakan untuk ‘besiar-siar’ di luar negara sambil berjumpa dengan watak-watak kartun Disney seperti Mickey Mouse dan Goofy.

Dari segi senario politik Malaysia secara amnya, perletakkan jawatan Encik Fairus seharusnya dialu-alukan. Terlalu banyak alegasi-alegasi yang berkaitan dengannya dan ini akan menyusahkan parti dan kerajaan Pulau Pinang. Kita juga mahukan wakil rakyat kita supaya mempunyai sikap tanggungjawab untuk berundur apabila dipalitkan dengan isu integriti. Janganlah apabila sudah terbukti bersalah masih tidak mahu mengaku salah, tidak langsung berasa bersalah dan menyaalahkan orang lain. Ataupun sudah didapati bersalah masih boleh kekal menerajui sebuah negeri. Samada Encik Fairus ditekan untuk letak jawatan atau dibuat secara sukarela, saya lihat ini sebagai perkembangan positif untuk memupuk satu budaya di mana wakil-wakil rakyat yang tidak lagi layak akan diganti dengan mereka yang lebih layak. Walaupun kita harus ingat bahawa setakat ini, Encik Fairus masih belum didakwa di Mahkamah, apatah lagi didapati bersalah.

Jadi, walaupun saya kurang berseteju dengan politik berlebihan, jika saya seorang pengundi di Penanti, saya tetap mahukan PRK diadakan.

Oleh itu, sekiranya UMNO dan Barisan Nasional merasakan bahawa sebuah PRK akan membebankan rakyat, saya cadangakan supaya mereka tidak meletakkan calon di PRK Penanti dan memberikan walkover kepada PKR.

 

UMNO Terengganu pun nak derhaka? 14 April 2009

Dengar ceritanya puak-puak UMNO di Terangganu nak ikut Datuk Seri Nizar ‘pohon derhaka’. Meraka nak derhaka sebab nak buat undi tak percaya pada Mentri Besar Terengganu yang dipilih oleh istana Terengganu menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh tahun lepas.

Desas-desus ini sampai membuatkan Mentri Besar Datuk Ahmad Said beri amaran kepada sesiapa yang nak buat usul undi tak percaya.

Tiba-tiba pula, hari ini dilaporkan bahawa sepuluh orang ADUN Barisan Nasional sudah memboikut DUN Terengganu kerana kononnya menerima ugutan bunuh. Mereka kata meraka diugut sebab dipercayai hendak membuang Datuk Ahmad Said.

Nampaknya UMNO masih berpecah. Luka tahun lalu sudah bernanah kembali. Ingatkan semuanya sudah berakhir dengan perlantikan Datuk Ahmad Said, rupanya tidak. Ingatkan UMNO sudah bersatu dengan adanya saf pimpinan UMNO yang baru dan kemasukan semula Tun Mahathir, rupanya tidak. UMNO masih UMNO. Masih berpuak-puak, berkelompok-kelompok dan berdendam.

Apa-apa hal pun, nampak gayanya kumpulan Datuk Seri Idris sudah berpatah arang dengan kumpulan Datuk Ahmad Said. UMNO Terengganu nampak retak menanti belah. Mengapa kumpulan Datuk Seri Idris tak suka Datuk Ahmad kita semua boleh agak. Tetapi tidaklah jelas mengapa parti yang kononnya membela Melayu dan raja-rajanya sanggup untuk memikirkan untuk ‘membuang’ Mentri Besar lantikan istana Terengganu. Bukankah seperti yang mereka laung-laungkan sebelum ini, membantah raja-raja Melayu itu derhaka namanya?

Saya akan tercari-cari geng-geng Pemuda UMNO yang akan berdemonstrasi dengan semangat yang berkobar-kobar. Saya harap akan dianjurkan sekali lagi perhimpunan menyokong Sultan di PWTC dan di seluruh negara. Lilit kuning dengan slogan “DAULAT TUANKU” itu jangan dibuang, dilit semula di kepala!

Saya juga akan tengok samada blogger-blogger yang dahulunya begitu pro-monarki dalam isu di Perak akan membuat pula gambar dengan tulisan “DAULAT TUANKU” di hadapan bendera Terengganu kemudian papar di blog masing-masing.

Ayuh, Melayu UMNO yang dahulu berlagak pembela, institusi raja-raja memerlukan pembelaan kamu sekali lagi. Ayuh, PERKASA yang kononnya mempertahankan kepentingan orang Melayu, berdemonstrasilah menunjukkan kemarahan anda.

Kalau marah pada YB Karpal, kenalah marah juga pada geng Datuk Idris Jusoh. Kalau marah pada Datuk Seri Nizar, kenalah marah pada Datuk Rasol Wahid. Kalau marah dengan Pakatan Rakyat di Perak, kenalah marah dengan Barisan Nasional di Terengganu.

Ataupun kalau UMNO buat kira boleh?

 

MIC’s stupid threat 11 April 2009

Filed under: Government — Syahredzan Johan @ 6:42 pm
Tags: , , , ,

From the Star:

MIC may withdraw its lone minister, deputies from Government

KUALA LUMPUR: The MIC is studying a proposal for the party to withdraw its one minister and two deputy ministers from the Government as a protest over the lack of importance accorded to the Indian community, said a senior party official.

The official, who declined to be named, said the proposal was drawn up at a meeting of top party officials on Friday.

“The proposal will be tabled in the party’s central working committee meeting on Thursday where it is expected to be endorsed,” he said.

MIC’s sole representative in the new Cabinet is Datuk Dr S. Subramaniam who was reappointed the Human Resources Minister.

The party also has two deputy ministers namely Datuk M. Saravanan (Federal Territories Ministry) and Datuk S. K. Devamany (Prime Minister’s Department).

“The MIC as the third largest component member in the Barisan Nasional had not been given due respect or accorded the deserving treatment by the new government.

“However, even if we do withdraw our representatives, MIC will remain in Barisan but would concentrate on uniting the Indian community,” added the official.

He said party members were unhappy that their request for a senior ministerial portfolio in the Cabinet had not been accepted despite repeated appeals to the then Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi and later to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

“MIC had requested for the Works Ministry portfolio – a post held by party president Datuk Seri S. Samy Vellu until he lost the Sungai Siput parliamentary constituency in the last general elections,” he said, adding that former MIC president, the late Tan Sri V. Manickavasagam had held the Transport Ministry portfolio.

The official said the Human Resources Ministry is considered a junior post in the Cabinet and did not fit the party’s status as the third largest component party in the Barisan.

“The MIC brought back Indian voters to the Barisan in the recent Bukit Selambau and Bukit Gantang by-elections.

“The administration line-up will further erode the support of the Indian community for the coalition,” he said, adding that the MIC was disappointed that other component parties were given more and better positions.

I couldn’t help but shake my head in disbelief when I heard this.

Ever since its devastating defeat, the MIC, far worse than all other component parties in the Barisan, has not shown Malaysians any inkling of proof that it can be rescued from the current dire state it finds itself in. When other major component parties had leadership changes to try and save themselves from irrelevance, MIC recently re-elected its long-serving President, Mr. Samy Vellu to another term in office. His challenger, who garnered enough nominations to contest, had his papers rejected unceremoniously and Mr. Samy got elected uncontested.

Threatening to pull out from the Cabinet is, for the lack of better term, stupid. It serves no purpose and proves to Malaysians the selfish interests of its leaders. It is said that MIC’s threat was due to the fact that Mr. Samy was not made a minister in the Cabinet when he had lobbied so hard for post. The party argued that since Mr. Koh Tsu Koon, whose Gerakan was similarly nearly wiped out by the rakyat during the political tsunami of last year, obtained a minister post, Mr. Samy should similarly be appointed as one. With all due respect to Mr. Samy, I do think comparing himself and Mr. Koh is like comparing glass and diamond.

How can it possibly help Malaysian Indians, whom it claims it represent, by refusing posts in the government is beyond my comprehension. Of course, the notion that only Indians can help Indians is in itself an antiquated one, but such is the ‘power-sharing’ formula of the Barisan.  The decades old set-up, which appear to have served the country so well up to now, is tearing at the seams. It is because of having to conform to the Barisan formula that Mr. Najib’s cabinet, which was supposed to be a ‘meaner and leaner’ one, ended up looking like old wine in a new bottle. MCA protested when there were rumours that it might lost a ministerial post. Now, MIC has protested as it did not get more portfolios.

Barisan has become too bloated, too divided and too defined along ethnic lines. MIC’s threat is undeniable proof that the ‘grand old coalition’ is fast losing its relevance.