Refleksi Minda

Reflections from the mind of a self-professed social critic

Apabila Najib dan Anwar minum teh 5 December 2009

Filed under: Politics — Syahredzan Johan @ 7:11 am
Tags: , , , , ,

Beberapa minggu lepas, negara sedikit ‘gempar’ apabila dilaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilihat duduk bersama-sama di Parlimen.

Photo taken from the Malaysian Insider

Hampir kesemua media, samada cetak atau elektronik, telah menyiarkan gambar mereka berdua. Riuh seketika negara, kerana pengerusi Barisan Nasional dan ketua umum Pakatan Rakyat duduk semaja dan berborak. Benar, akhbar seperti Utusan Malaysia memutarkan isu itu sebagai satu contoh keterbukaan Datuk Seri Najib kerana sanggup minum teh dengan Datuk Seri Anwar walaupun pembangkang telah “melemparkan pelbagai tomahan”. Sememangnya ini sudah dijangkakan tetapi apa yang menarik adalah peristiwa itu dianggap mempunyai nilai berita.

Sebenarnya, tiada apa-apa yang perlu diperbesarkan dengan peristiwa tersebut. Sudah tentu Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar boleh berbual-bual sambil minum teh. Bukankah mereka berdua pernah bersama-sama dalam UMNO? Bukankah mereka berdua manusia juga? Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu mereka gemarkan teh tarik. Sudah tentu mereka boleh menikmati teh tarik bersama, apatah lagi dikatakan bahawa teh untuk ahli Parlimen adalah percuma!

(more…)

 

Amaran rakyat Selangor kepada UMNO-BN 22 February 2009

Rentetan peristiwa sejak beberapa minggu yang lepas telah menimbulkan banyak persoalan. Sejak tersingkir kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, khabar angin kini bertiup kencang bahawa ada usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan Selangor pula. Samada khabar tersebut benar atau sebaliknya tidak dapat dipastkan, tetapi melihat ’serangan’ yang bertubi-tubi dikenakan kepada pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, adalah tidak mustahil bahawa UMNO-BN sedang berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Selangor.

Ia bermula dengan cakap-cakap yang mengatakan bahawa seorang ADUN PKR di Selangor, Badrul Hisham Abdullah akan meninggalkan parti tersebut dan menyertai UMNO setelah beliau dikatan ‘hilang’ dan ‘ditangkap khalwat’. Kemudian, tersebar pula fitnah di laman web pro-UMNO bahawa Exco kerajaan Selangor,  Halimah Ali ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Khabar angin yang melibatkan kedua-dua ADUN Pakatan Rakyat ini telah dinafikan, tetapi nampak gayanya khabar angin tersebut hanyalah permulaan.

Minggu lepas, negara digemparkan dengan berita penyebaran foto Exco Selangor, Elizabeth Wong. Walaupun ada pemimpin Barisan yang bersimpati dengannya dan menyelar penyebaran foto-foto tersebut, masih ada juga terdapat sampah politik seperti Khir Toyo, Ali Rustam dan Azalina Othman yang menyuruh Wong untuk meletakkan jawatan. Wong akhirnya menwarkan perletakkan jawatannya kepada PKR, namun disuruh untuk ‘bercuti’ dan mempertimbangkan keputusannya.

Saya tidak percaya bahawa UMNO-BN adalah dalan di sebalik penyebaran foto tersebut. Akan tetapi, walaupun UMNO-BN tidak ada kaitan dalam penyebarannya, saya yakin bahawa UMNO-BN tidak akan teragak-agak untuk menggunakan foto-foto tersebut untuk tujuan politik mereka. Reaksi pemimpin UMNO seperti Ali Rustam, Azalina Othman dan Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor yang rata-rata dibenci oleh rakyatnya sendiri, menunjukkan bahawa kepada sesetengah ahli politik UMNO, semuanya ‘halal’ dalam usaha untuk mendapatkan kuasa dan harta.

Terbaru, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan telah membuat kenyataan yang telah membuktikan bahawa SPRM sebenarnya ‘ajen’ UMNO yang dihias dengan perkataan ’suruhanjaya bebas’. Sebelum sempat pejabat Peguam Negara membuat keputusan untuk mengambil apa-apa tindakan, SPRM telah ‘menjatuhkan kesalahan’ kepada Mentri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dengan mengatakan bahawa terdapat ‘bukti kukuh’ bahawa beliau melakukan salahguna kuasa dengan kononnya mengarahkan syarikat milik negeri untuk menyalurkan 46 ekor lembu kepada kawasan Parlimen Bandar Tun Razak untuk dikorbankan. Di samping itu, kononnya terdapat salahguna kuasa dalam penyelenggaraan kerata Lexus milik saudara Khalid yang telah beliau gunakan sebagai kenderaan rasmi dalam menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Apakah tujuan SPRM membuat pengumuman tersebut? Adakah ianya untuk memberi tekanan kepada pejabat Peguam Negera untuk bertindak? Adakah ianya untuk menghakimi saudara Khalid di dalam ‘mahkamah persepsi umum’ (court of public opinion)? Adakah ianya sebagai balasan kepada saudara Anwar yang sebelumnya telah mempersoalkan SPRM dalam kes cubaan membeli ADUN PKR di Kedah? Setidak-tidaknya, kelakuan SPRM di dalam perkara ini amatlah mencurigakan.

Berikutan dengan apa yang telah berlaku sejak akhir-akhir ini, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terpaksa menjadi defensif, menangkis segala alegasi dan dakwaan yang dilemparkan kepadanya. Ia sedikit sebanyak mengalihkan tumpuan kerajaan Selangor dalam usaha untuk ‘merakyatkan’ ekonomi negeri tersebut. Usaha paling penting kerajaan Selangor pada ketika ini adalah untuk memastikan tarif air tidak dinaikkan oleh Syabas mengikut perjanjian konsesi yang telah ditandatangani di antara syarikat tersebut dan kerjaan Selangor yang diterajui oleh Khir Toyo dahulu. Itupun diganggu oleh kerajaan Persekutuan, di mana Kementerian Kewangan telah campur tangan di dalam perbincangan tersebut dan dengan motif yang amat mencurigakan.

Sekiranya benar terdapat usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan Selangor, sudah tentu lebih banyak asakan yang akan datang. Tidak mustahil setiap Exco kerajaan akan dijadikan sasaran, di samping pujukan dan ugutan terhadap ADUN Pakatan untuk meninggalkan parti mereka dan menjadi ‘ADUN bebas yang menyokong Barisan’, ala katak-katak Jamaluddin, Osman dan Hee di Perak.

Sekiranya benar terdapat ‘tangan-tangan gelap’ yang menjadi dalang di Selangor, saya ingin memberikan amaran sekeras-kerasnya kepada mereka yang bertanggungjawab; sekiranya apa yang berlaku di Perak berlaku di Selangor, rakyat Selangor tidak akan berdiam diri. Kami marah dengan apa yang berlaku di Perak, kami akan menjadi lebih marah sekiranya ia berlaku di negeri kami sendiri. Sekiranya UMNO-BN menjatuhkan kerajaan Selangor, kami akan memastikan bahawa mereka yang bertanggungjawab akan menerima balasan. Kami mempertahankan kerajaan yang telah kami pilih secara demokratik dan kami tidak memaafkan mereka yang sanggup mencabuli hak kami sebagai rakyat Malaysia amnya dan Selangor khususnya.

Jangan memperlekehkan rakyat dan buat sewenang-wenangnya. UMNO-BN wajar patuh pada amaran ini. Sekiranya tidak, kami rakyat Selangor akan memastikan bahawa  apabila tiba masanya kami membuat pilihan, UMNO-BN akan terkubur di negeri Darul Ehsan ini untuk selamanya.

 

Public will be more cynical of the MACC 20 February 2009

Filed under: Government, Politics — Syahredzan Johan @ 8:15 pm
Tags: , , , , , ,

When the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) bill was passed in Parliament last year, the Prime Minister Mr. Abdullah Ahmad Badawi claimed that it will ‘bring back the confidence of the public in the fight against corruption‘.

Public confidence in institutions such as the police, the judiciary and the MACC depends largely on perception. The public will only feel confident of the actions of these institutions if they are perceived to be so. No use having a commission that is supposed to be independent if their actions are perceived to be otherwise.

A string of investigations against UMNO members for alleged money politics seemed to signal a good start to the Commission. Although thus far, those investigated and charged are political ‘minnows’, yet the perception was that the MACC may at last be a non-partisan commission that will investigate graft without fear or favour. The protest by some UMNO members over the MACC’s investigations seemed to indicate that it was doing something right, to make these people feel the heat.

From then on, things started to go downhill for the new commission.

Firstly, the conduct of the MACC in the current Perak fiasco raises serious questions on their supposed independence. When Bota assemblyman Mr. Nasharudin joined PKR, the MACC said that they are investigating the matter, to ensure no bribes are offered. Yet after the four former Pakatan ‘frogs’ leapt into Barisan’s embracing arms, the MACC was silent as a mouse, even though reports were lodged. Surely the matter merits investigation, if the jumping of Mr. Nasharudin to PKR merits investigations, the defections of Messrs. Osman, Jamaludin and Hee must also be looked into.

To compound matters, today the Chief Commissioner of the MACC, Mr. Ahmad Said stated that the MACC will investigate Perak speaker Mr. Sivakumar for alleged ‘abuse of powers’ following the reports lodged by Perak UMNO Youth.

More alarmingly, Mr. Ahmad Said has today declared that the Commission found ’strong evidence’ against Selangor Mentri Besar Mr. Khalid Ibrahim regarding the investigations on alleged abuse of powers in the slaughter of cows for his constituency and the maintenance of his own Lexus car.

I do not wish to comment on whether I feel that Mr. Khalid has abused his powers or not. If he has, then he should be charged and it is up to the court to decide.

What I wish to question is Mr. Ahmad Said’s comment on the matter. Why did he have to make a public comment on the matter? By doing so, Mr. Ahmad Said is essentially giving his judgment in a matter that has not gone to court yet. Surely the MACC, whether there are evidence or not, should just refer the case to the AG’s chambers, without making any public comments on it. This is the normal practice of anti corruption agencies the world over. Is Mr. Ahmad Said trying to paint a picture that Mr. Khalid is guilty, even before he is charged? After what happened in Perak and to Ms. Wong, are these attempts by ‘unseen hands’ to destroy the Selangor government? Is Mr. Ahmad Said’s public declaration a ‘revenge move’ by the MACC on Mr. Anwar’s allegations in Parliament yesterday?

These are the questions that the rakyat will ask.

Why the haste in investigating and charging opposition politicians? What happened to the countless reports against Barisan politicians? Why the double standards?

It’s all about perception. Even if Mr. Khalid is guilty of abuse, people will think that it is a set up, a ploy, an attempt to topple the functioning Selangor government. Malaysians are more cynical lot these days and they never take things at face value, especially when it comes to government linked institutions. They are more likely to believe the conspiracy theories, rumours and speculations, for the simple fact that they have such little faith in the country’s institutions.

By its ’selective conduct’, the rakyat will just be more cynical of the MACC, rather than improving confidence in the new Commission.

 

The battle for Selangor’s water 19 February 2009

Filed under: Government, Legal — Syahredzan Johan @ 3:25 pm
Tags: , , , , ,

Not many residents of Selangor and Kuala Lumpur know of the ‘battle’ that is going on for our water.

The Federal and Selangor state governments signed a concession agreement with Syabas in 2005. Under the agreement, Syabas was entitled to hike the water tariff up to 37% in 2009. Syabas has asked to do so in January 2009. However, the decision has been differed to 31 March 2009.

Under the Water Services Industries Act 2006, all water assets in West Malaysia must be transferred to the Finance Ministry’s wholly owned Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

The state government needs to consolidate all water assets, of which it has already owned 80% of, to sell them to PAAB.

As an added impetus, the Selangor government wants to complete the de-privatization of Selangor’s water before 31 March 2009 so as to avoid a steep 37% water tariff hike that will effect millions of residents in the state and Kuala Lumpur and to better manage the water assets in the state. Clearly, privatization has failed Selangor’s residents in relation to water.

PAAB has capped the amount of money it will pay to state governments for water assets at RM9 billion. The Selangor government has offered a whopping RM5.7 billion to four companies to buy all private waters in Selangor, Syabas being one of them. If PAAB pays Selangor RM 9 billion for the assets, the lion’s share will go to the private companies.

The Selangor government thinks its a reasonable offer. Not so the companies, as the seem to be holding out as they think the offer is too low. Selangor has given the companies up to 20 February 2009 to accept the offer.

The companies argue that they should be compensated for future losses and profits. But the government argues that they should not compensate the companies for future profits and rights which the government itself granted.

Further, it terms of Syabas, the government claims that the company had breached several of the terms in the concession agreement and has asked the Energy and Works Ministry to terminate the agreement. The Ministry has not done so.

In any event, it looks likely that the companies will reject the offer. After all,  Syabas especially has a vested interest in prolonging matters so that the price hike will be implemented.

Today, PAAB by way of the National Water Service Commission (SPAN) has stepped in to directly negotiate with the concession holders, claiming that the state government is ‘taking too long’. The Selangor government is viewing this move as ‘mischivious’ and is suspicious of it. The question is that when the Selangor government trying its best to come out with the best deal for the people of the state, SPAN has suddenly appeared in the picture to throw a spanner in the works. Will it be able to give a better offer than the Selangor government to the concession holders and STILL keep water tariffs low?

Whatever it is, I hope that at the end of the day, the parties come up with the best deal for the rakyat. A 37% price hike at this time is too much. Which begs the question: why do we keep entering into these lopsided public agreements?

 

al-kisah Ahmad 8 November 2008

Filed under: Politics, Racial issues — Syahredzan Johan @ 7:36 am
Tags: , , , , ,

Ahmad adalah seorang ethno-nasionalis Melayu.

Bukan dia yang gelar dirinya sebegitu. Dia sendiri tidak tahu apa itu ‘ethno-nasionalis’. Tetapi mengikut kata orang bijak pandai, Ahmad adalah seorang ethno-nasionalis Melayu.

Seperti kebanyakan ethno-nasionalis Melayu, dia percaya bahawa hanya United Malays National Organization boleh membela nasib orang Melayu. Dia masih muda, lebih kurang tiga puluh tahun. Tetapi telah lama dia berkecimpung dalam UMNO. Sejak umurnya dalam lingkungn dua puluh-an lagi.

Ahmad tak pandai berpolitik. Dia bukan apa-apa dalam UMNO. Hanya ahli biasa. Tetapi dia aktif mengikuti aktiviti-aktiviti UMNO. Tiap-tiap tahun, dia teringin hendak menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO, tapi dia tak pernah layak. Jadi dia hanya boleh ke PWTC untuk tonton persidangan dari luar sahaja.

Pilihanraya Mac sudah buat Ahmad sedih. Negerinya tewas di tangan pembangkang. Sekarang dia tinggal di negeri pembangkang. Mula-mula dia tak percaya, tetapi dia terpaksa menerima hakikatnya. Nak buat macam mana, orang tak mengenal budi, katanya.

Bulan berganti bulan, sedih Ahmad menjadi amarah. Dia baca Utusan tiap-tiap hari dan dia disajikan dengan berita-berita bagaimana hak-hak orang Melayu makin terpinggir. Ketuanan Melayu dan kontrak sosial semakin dipersoalkan. Nampak gayanya, orang bukan Melayu dah mula kurang ajar. Mereka dah lupa dahulunya ini tanah siapa. Dia tak pandai baca apa perlembagaan kata, tapi ketua bahagiannya beritahu dia yang dalam perlembagaan memang ada sah tulis bahawa Melayu ini tuan di Malaysia.

Kalau sempat, dia akan ikut sekali kalau ada demonstrasi. Dia ingat dulu, bila pembangkang demonstrasi, dia kata pembangkang tak ikut budaya Malaysia. Negara ini mana ada demonstrasi. Dia sedar yang dia juga demonstrasi sekarang, sama seperti perangai pembangkang yang dikritiknya dahulu. Ah, tapi ini untuk Melayu, bisik hatinya.

Tapi dia lihat, demonstrasi pun tak mendatangkan apa-apa. Utusan beritahu dia yang orang bukan Melayu semakin menjadi-jadi. Nak buat ladang babi, nak buang DEB, nak perlahankan azan, buat kecoh di rumah terbuka, nak UiTM, pakai seksi di masjid, nak ambil alih PKNS dan macam-macam lagi. Apakah mereka sengaja nak buat orang Melayu mengamuk? Jangan sampai orang Melayu mengamuk, nanti mengalir darah kafir. Jangan mereka bermain api.

Tetapi kalau dia marah pada bukan Melayu, dia lagi marah pada pengkhianat Melayu. Banyak pengkhianat Melayu di sebelah pembangkang. Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, Tunku Abdul Aziz… semua tu pengkhianat. Ahmad syukur sebab masih ramai lagi pembela Melayu di dalam parti UMNO. Kecuali Zaid Ibrahim, yang dah jadi pengkhianat sebab persoalkan ketuanan Melayu.

Dalam banyak-banyak pembela Melayu dalam UMNO, dia amat tertarik dengan seseorang ini. Setiap kali ada isu pasal Melayu, orang ini, yang bergelar Datuk, mesti ada. Sentiasa dihadapan, berani mempertahankan bangsa dan agama.

Dia ingat lagi, masa Cina Lim Guan Eng ambil alih Pulau Pinang dan dia cakap nak buang DEB, Datuk ini berada bersama-sama dengan UMNO Pulau Pinang yang lain untuk demonstrasi depan bangunan Komtar.

Ahmad tak tahu sangat baca Inggeris, tapi rakannya ada terjemahkan laporan the Star ini:

Chanting “Hidup Melayu” (long-live the Malays) and “Allahuakbar” (God is great), the protesters marched towards Komtar in Jalan Dr Lim Chwee Leong at about 2.30pm.

They held banners with messages such as “Kami Penduduk Pulau Pinang Menyokong Penuh Kepimpinan Pak Lah” (We fully support Pak Lah’s leadership), “Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa” (Anwar Ibrahim, traitor of the Malay race), “Tak akan Melayu Hilang di Pulau Pinang” (Malays will not be sidelined in Penang) and “Kepimpinan DAP dibantah oleh Melayu Pulau Pinang” (Penang Malays Protest Against the DAP-led goverment).

‘Datuk’ tersebut adalah Datuk Reezal Merican Naina Merican. Ahmad tidak kenal Datuk Reezal dan tak pernah jumpa mahupun lihat Datuk Reezal, tapi dia amat tertarik dengan perjuangan Datuk Reezal demi orang Melayu. Datuk Reezal melompat mempertahankan raja-raja Melayu ketika diperlekehkan oleh bengali tua Karpal Singh.

Presiden GPMS Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata jika Karpal gagal berbuat demikian pihaknya akan menggerakkan usaha mendapatkan sokongan rakyat untuk menggesa kerajaan mengambil tindakan.

“Pandangan keterlaluan yang diungkap oleh mana-mana termasuk wakil rakyat, wajar dikenakan Akta Hasutan mahupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Kita tidak mahu individu biadab seperti Karpal terus mencemar kedaulatan Raja-raja Melayu dan menggugat keharmonian hubungan rakyat dan raja,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketika kerajaan umumkan peningkatan biasiswa orang bukan Melayu,

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang mengenai isu kenaikan kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada bukan Bumiputera daripada 10 peratus kepada 45 peratus.

Presidennya Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata beliau akan mengadakan pertemuan secepat mungkin dengan Najib yang juga merupakan Ketua Penasihat GPMS.

Majlis Tertinggi GPMS termasuklah kesemua pengerusi GPMS negeri sebulat suara membantah kenaikan itu dan saya mahu tekankan di sini bantahan itu bukanlah bersifat perkauman tetapi berdasarkan tuntutan kesamarataan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi GPMS di ibu pejabat GPMS di sini hari ini.

Kawan Ahmad juga ada beritahu yang dalam perlembagaan negara disebut bahawa biasiswa hanya boleh diberikan kepada orang Melayu.

Lepas itu, bila si bangsat Khalid Ibrahim cadangkan untuk membuka UiTM kepada bukan Melayu, Ahmad perasan yang Datuk Reezal adalah antara suara yang paling lantang mengecam si bangsat itu.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Datuk Reezal Merican Naina Merican pula menyifatkan perbuatan Abdul Khalid seperti mengkhianat amanah teras orang Melayu.

“Seharusnya orang Melayu membuka mata dengan kenyataan Tan Sri Abdul Khalid. Saya juga percaya UiTM tidak pernah berkompromi soal merit dan pencapaian para pelajarnya walaupun ia diwujudkan khusus untuk kaum Bumiputera,” katanya.

Tidakkah Khalid tahu yang UiTM itu benteng terakhir orang Melayu? Tak guna punya Melayu, tak sedar diri!

Presiden GPMS Datuk Reezal Merican Naina Merican pula berkata UiTM adalah benteng terakhir orang Melayu mendapatkan pendidikan di peringkat tinggi dan menjadi ‘empangan’ bagi cerdik pandai Melayu.

Datuk Reezal juga ada puji pelajar-pelajar UiTM yang berani:

Sementara itu, Reezal Merican, dalam ucapannya dalam majlis yang sama memuji “tindakan berani” mahasiswa UiTM membantah cadangan menteri besar itu kelmarin.

“Saya tidak ajar demonstrasi, tetapi kita pertahankan hak kita,” katanya, yang juga setiausaha politik Abdullah di Kementerian Kewangan.

Betul kata Datuk Reezal! Kita orang Melayu kena pertahankan hak kita! Baru-baru ini, bila Zaid Ibrahim bangkitkan isu Ketuanan Melayu, Datuk Reezal juga ada beri komen:

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican, berkata menyatakan ketuanan Melayu sebagai konsep yang gagal adalah juga penafian kepada sumbangan institusi kesultanan dan politik Melayu selama ini.

“Entah kenapa pandangan sedemikian seperti ‘dengungan’ pandangan liberal parti pembangkang yang terdesak mempamerkan wajah ’sama rata’ hingga sanggup mengorbankan kepentingan bangsa,” katanya.

Ahmad bersyukur kerana masih ada orang seperti Datuk Reezal. Dia mendengar bahawa Datuk Reezal adalah presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), yang sama seperti Datuk Reezal, telah banyak mempertahankan Melayu. Menitis juga air mata Ahmad melihat pejuang-pejuang bangsa yang begitu gigih dan berani. Dengan adanya mereka, takkan hak Melayu hilang di dunia.

Tertariknya Ahmad terhadap Datuk Reezal, dia ingin mengenalinya dan GPMS dengan lebih dekat. Kalau boleh, dia juga ingin masuk GPMS. Dia masih muda lagi, walaupun dia bukan ‘pelajar’. Dia nak masuk Gerakan Belia 4B, tapi dia lihat 4B senyap sahaja. Tak banyak mempertahankan Melayu yang semakin diasak. Jadi kalau dia masuk pertubuhan belia seperti GPMS, dia juga dapat menyumbang kepada perjuangan yang belum selesai.

Tetapi mana pejabat GPMS? Dia tidak tahu. Mungkin ada di dalam internet, bisik hatinya.

Ahmad tidak pandai ‘main’ internet. Dia terpaksa minta tolong rakannya. Laman web GPMS pun Ahmad tak tahu. Nasib baik kawan dia boleh cari.

Ahmad dibawa ke portal GPMS di www.gpms.org.my. Dia melayari serba sedikit laman web tersebut. Apa itu GPMS, apakah aspirasinya, apakah matlamatnya. Kemudian Ahmad melayari barisan ahli jawatankuasa GPMS, perwira-perwira Melayu yang begitu unggul bagi dirinya.

Dia terperanjat apabila tiba di bahagian ahli jawatankuasa GPMS. Betulkah apa yang dilihat? Ahmad seperti tidak percaya. Apabila dilihat raut wajah presiden GPMS, Datuk Reezal, dia terasa bagaikan tertipu.

Betulkah ini pertubuhan belia untuk pertahankan Melayu?

Diteliti huruf-huruf G, P, M dan S. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Huruf ‘M’ di dalam ‘GPMS’ itu adalah ‘Melayu’ dan bukannya maksud yang lain. Datuk Reezal juga adalah seorang ahli UMNO. Dan setahunya, UMNO itu hanya untuk orang Melayu.

Dilihat semula gambar Datuk Reezal di laman web GPMS:

rezal-dlm42

Pemikirannya terlalu sempit untuk menerima ‘kelainan’. Bagi dirinya, hanya ada satu stereotaip Melayu yang ada di benaknya. Dia tidak dapat menerima apa yang dia lihat.

Berkali-kali dia bertanya, inikah dia wira Melayu yang begitu lantang dan berani mempertahankan bangsa?

Terus dilupakan kehendaknya untuk memasuki GPMS.

Ya, Ahmad kini keliru. Ditanya, adakah Datuk Reezal Melayu? Apa itu Melayu? Kalau Melayu itu sendiri mempunyai kepelbagaian, ada Mamaknya, ada Arabnya, ada Bugisnya, ada Jawanya, ada Minangnya dan macam-macam lagi, mengapa Malaysia tidak boleh menerima kepelbagaian? Kalau kita begitu ingin membezakan antara Melayu dengan tidak, bukankah kita harus berikan maksud kepada makna ‘Melayu’ itu tersebut. Dan persoalannya balik semula kepada apa itu Melayu?

Cakap tak serupa bikin, kata Ahmad. ‘Hipokrit’, kata orang bijak pandai.

Orang seperti Datuk Reezal, yang menunjukkan kepelbagaian bangsa Melayu itu sendiri, tidak mahu menerima kepelbagaian Malaysia. Orang seperti Datuk Reezal, yang bergantung kepada penerimaan orang Melayu terhadap kelainan mereka yang menganggotai bangsa itu, mudah pula membeza-bezakan rakyat Malaysia.

Kini Ahmad malas nak fikir pasal Melayu.

 

The PKNS Appointment 1 November 2008

Filed under: Government, Racial issues — Syahredzan Johan @ 4:50 pm
Tags: , , , ,

I am simply baffled at the opposition by various groups on the appointment of Madam Low Siew Moi because of the simple fact that she’s not a Malay.

Mentri Besar Khalid Ibrahim should be applauded for this brave decision. He must have known that this appointment will be opposed and politicised.

And by any standards, the opposition towards the appointment on racial factors simply do not hold water. To demonstrate, I quote here the report on the ‘Malay Residents Action Body (probably an UMNO vehicle)’, who held a small demonstration (legal?) on the appointment:

Meanwhile, the Selangor Malays Residents Action Body held a small demonstration outside the state secretariat building here to protest against the appointment.

The group, led by its chairman Kamaruddin Raja Ab Wahid, said the move infringed Malay rights and insulted the Sultans.

Infringed Malay rights? I never knew that in the Federal Constitution it is stated that the head of PKNS must be a bumiputera. I would ask Mr. Kamaruddin to quote me the specific Article, so that I may read it myself. If he quotes Article 153, he either have not read the Consitution or he is of limited intelligence. Or both.

It’s quite ironic, really. When it was revealed that PKNS had lost billions of Ringgits under the previous administration, nary a protest was heard from the Malay jaguhs.

 

Jangan panggil aku Melayu! 21 October 2008

Melayu itu dahulunya gagah. Melayu itu sejarahnya silam. Melayu itu dahulunya punya erti.

Jika aku dipanggil Melayu dahulu, mungkin aku bangga. Tapi aku tak mahu dipanggil Melayu kini.

Panggil aku Melayu di negara lain. Di Barat, di Indonesia, di Brunei dan Singapura, aku Melayu. Aku tidak kisah jadi Melayu.

Tapi aku rasa jangan gelar aku Melayu di Malaysia. Aku tidak mahu jadi Melayu selepas aku dengar apa itu Melayu di Malaysia.

Melayu di Malaysia terlalu lemah. Terlalu rapuh. Terlalu bodoh. Senang terancam. Senang tercabar. Senang ditekan. Dituip sedikit, berterabur jadinya.

Melayu di Malaysia senang hilang. Senang menjadi tidak relevan. Seutuh mana Perlembagaan, masih tidak mencukupi. Hak Melayu mudah pudar, mudah dibuang mengikut rasa. Kena harus dibela.

Melayu tidak boleh bersaing dengan orang lain. Melayu hanya boleh bersaing sesama sendiri. Jangan sekali-kali cuba buka pintu persaingan kerana Melayu akan mati!

Aku mahu bersaing, jadi jangan panggil aku Melayu!

Melayu mesti jadi tuan, kalau tidak Melayu tidak releven. Tuan aku hanya Yang Esa, dan bukannya Melayu.

Melayu cuma boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Melayu hanya boleh berjaya di Tanah Melayu. Melayu hanya boleh berjaya dengan pertolongan. Melayu mesti dibantu. Walau seberapa hebat kejayaan Melayu, masih perlu dibantu. Walau tidak memerlukannya, masih harus dibantu!

Melayu yang berjaya dengan usaha sendiri bukan namanya Melayu. Aku tidak perlu dibantu lagi, tak payah panggil aku Melayu.

Melayu mesti pakai tongkat. Aku tak mahu gunakan tongkat, usah gelar aku Melayu.

Melayu di Malaysia mesti tunjuk keris. Mesti cium keris. Mesti goyang-goyang keris. Aku tak pandai main keris, tak sesuai jadi Melayu di Malaysia.

Melayu di Malaysia terlalu mundur sehinggakan tidak boleh ada parti lain untuk mewakilinya. Melayu tidak boleh ada kepelbagaian politik, kerana ianya bahaya. Mudah sahaja orang lain rampas hak Melayu kalau Melayu tidak dalam satu parti politik.

United Malays National Organization itu Melayu, dan Melayu itu United Malays National Organization. Hanya Alif Mim Nun Wau sahaja untuk Melayu.

Aku tidak mahu United Malays National Organization. Kalau Melayu itu United Malays National Organization, aku tak mahu jadi Melayu. Biarlah Biarlah Abdul Azeez Abdul Rahman jadi ketua putera Melayu. Biarlah Reezal Merican Naina Merican jadi ketua pelajar Melayu. Biarlah Syed Ali Al-Habshee buat tabung untuk pertahan Melayu. Biarlah Khir Toyo jadi pembela orang Melayu di Selangor. Biarlah Bung Mokhtar Radin jadi pembela Melayu di Parlimen. Biarlah Ali Rustam ada kuasa bagi anugerah dalam negeri yang dulu kebanggan Melayu. Biarlah Muhamad Muhamad Taib jadi jaguh Melayu. Biarlah Ahmad Ismail jadi hero Melayu. Biarlah Ezam Mohd Nor masuk United Malays National Organization untuk Melayu. Biarlah Khalid Ibrahim jadi pengkhianat Melayu. Biarlah Anwar Ibrahim jadi musuh Melayu.

Melayu di Malaysia mesti terima Utusan Malaysia sebagai kitab. Melayu di Malaysia mesti duduk dalam kepompong. Melayu di Malaysia mesti ada universiti ekslusif. Melayu di Malaysia mesti sentiasa waspada dengan bangsa lain. Melayu di Malaysia mesti lebih berhak dari yang bukan Melayu.  Melayu di Malaysia mesti lihat bangsa lain sebagai pendatang. Melayu di Malaysia mesti pentingkan Melayu dari Islam. Melayu di Malaysia kena ada undang-undang zalim macam ISA.

Kalau itu semua Melayu, aku tak mahu jadi Melayu.

Kalau itu semua Melayu, panggil sahaja aku Bugis.

 

UMNO & Pigs 8 April 2008

Filed under: Media, Racial issues — Syahredzan Johan @ 12:56 pm
Tags: , , , , ,

Watch out for the latest attempt by UMNO to create discord.

Staring at destruction in the face with it’s internal politics, UMNO still has time to try and portray itself as ‘champions’ of the Malay race. The latest would be their criticism of the Selangor government’s decision to set up a RM100m pig farm in Sepang.

You can of course anticipate the statements (courtesy of my ‘favourite’, Utusan Malaysia):

“insensitive to Malays”

“PKR subservient to DAP”

“people of Selangor strongly objects”

Seriously, I am a Muslim Malay, and I have no qualms about a pig farm or several pig farms, as long as there are proper waste management. And if you look at Selangor MB Tan Sri Khalid Ibrahim’s statement today, the RM100m project was to centralize all pig farms in the state. Further, the pig farm will have advanced waste management system, in which:

Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak,”

All pig farms in the state will be relocated to the one in Sepang.

Really, if UMNO thinks that we Muslims are so easily offended by the very mention of ‘babi‘, and that we’re so insensitive that we cannot tolerate others enjoying their rights, then UMNO is so far out of touch with Malay Muslims.

Ponder what Selangor Exco Member, Dr. Halimah Ali of PAS said about the ‘issue’:

Tak ada apa masalah, ini hak kepada bukan Islam. Cuma timbul masalah sentimen di kalangan Melayu seolah-olah babi lebih berat dari masalah rasuah, jenayah dan sebagainya, padahal bagi orang Islam khinzir tak boleh makan (haram) sahaja,”

Some UMNO members certainly think that pigs are more haram than corruption and bribery.