Taken from Sinar Harian 03 August 2009 edition. Shameless, I know…

530 dibebaskan, 59 masih ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 530 daripada 589 orang yang ditahan semalam kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram mansuhkan ISA di ibu negara dibebaskan, semalam.

Antara baki 59 orang yang masih ditahan ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa.

Mereka kini ditempatkan di Balai Polis Bukit Jalil untuk menunggu sama ada akan dikenakan perintah reman atau dibebaskan.

Suasana di balai polis itu sedikit kecoh apabila ibu kepada seorang yang ditahan merayu di pekarangan balai itu untuk bertemu dengan anak lelaki dan menantunya yang ditahan semalam.

Syahredzan Johan, antara peguam dari Majlis Peguam yang bertindak mewakili mereka yang ditahan, ketika ketika ditemui berkata, proses menanti pembebasan atau dikenakan tahanan reman mengambil masa kerana ia melibatkan proses dokumentasi yang rumit selain melibatkan jumlah yang ramai ditahan.

Mereka yang ditahan di beberapa lokasi sekitar ibu negara semalam termasuk 44 remaja di bawah umur 18 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada media berkata, mereka dibebaskan selepas keterangan mereka selesai diambil.

Advertisements