Protected: Barisan’s ‘brilliant’ strategy in Permatang Pasir, part II

Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Advertisements

Protected: Barisan’s ‘brilliant’ strategy in Permatang Pasir

Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: Bila UMNO bantah bir, bahagian II

Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Bila UMNO bantah bir…

1 Comment

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan bahawa beberapa orang ahli UMNO telah membuat himpunan demonstrasi untuk membantah tindakan EXCO Selangor Ronnie Liu dalam isu bir di Shah Alam.

Laporan tersebut:

Ahli UMNO berhimpun menyokong tindakan MBSA

SHAH ALAM 7 Ogos – Hampir 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.

Mereka menyifatkan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berlandaskan undang-undang termasuklah menghalang penjualan minuman keras ke atas umat Islam yang merupakan majoriti penduduk di kawasan itu.

Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari, pihaknya menyifatkan MBSA telah menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan larangan penjualan minuman keras berlandaskan undang-undang yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis MBSA 4/2009.

“Kami menyokong penuh tindakan MBSA ini. MBSA telah lakukan perkara yang betul merampas minuman keras berkenaan.

“Malah kami mengutuk tindakan Ronnie menghalang dan memaksa MBSA memulangkan semula arak berkenaan selain mengatakan bir bukan minuman keras adalah satu kenyataan yang dangkal, bodoh serta tidak bertanggungjawab,” katanya selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Nor.

Tambah Azhari, kenyataan Ronnie itu juga satu bentuk penghinaan kepada umat Islam kerana arak tidak kira berapa kandungan alkoholnya adalah haram dan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran serta difatwakan oleh Majlis Fatwa Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Dalam perhimpunan yang berakhir pada pukul 4 petang itu, kesemua penyokong termasuk penduduk kawasan Seksyen 8, turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis ‘Ajar Ronnie dengan ISA’; ‘Pakatan Rakyat Halalkan Arak’ dan ‘Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)’.

Bagaimanapun, tiada seorang pun pemimpin atau penyokong daripada Pas menyertai perhimpunan tersebut walaupun parti itu lantang bersuara menentang tindakan Ronnie sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Azhari turut menyatakan bahawa UMNO bahagian itu termasuk bahagian lain di negeri itu memberikan sokongan penuh terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ‘Pengkhianat Melayu’.

“Kita akan tetap berdiri di belakang Timbalan Presiden (Muhyiddin). Kita akan menyokong beliau dan yakin bahawa apa yang dinyatakan beliau terhadap Anwar itu adalah benar, tidak perlu minta maaf,” ujarnya.

Nampak lantang sungguh ahli-ahli UMNO tersebut ‘mempertahankan’ Islam. Siap dengan sepanduk-sepanduk yang ‘pedas’ terhadap PAS dan DAP. UMNO nampaknya begitu prihatin terhadap isu bir ini.

Tetapi hati kecil saya tertanya, jika beriya-iya benar UMNO begitu mementingkan isu bir ini dan begitu marah terhadap tindakan Ronnie Liu sehingga berhimpun (bukankah UMNO kata berhimpun itu salah?), mengapa sejak berdekad-dekad UMNO-BN memerintah Selangor tidakpun dibuat apa-apa tentang isu ini?

Orang UMNO sendiri tentu bersetuju dengan saya jika dikatakan bahawa tingkahlaku mereka ini tampak begitu hipokrit. Atau dalam Islam, dipanggil ‘munafik’.

Protected: Melayu tidak memerlukan perpaduan politik

Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: Thoughts on the Bukits and Batang

Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Protected: Ini negara demokratik

Enter your password to view comments.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Older Entries